002

265 35 18
                                    

Tempestuous

Chapter 2
______________

Sepulangnya Jungkook dari sekolah, dia langsung merebahkan diri ke katil. Mengendahkan Makcik Kim yang tidak jenuh menjemput dan menyuruhnya ke meja makan untuk makan tengahari yang telah dia siapkan.

Makcik Kim sempat berfikir, apakah masakan yang dimasaknya tidak sedap dimakan? Atau hidangan daging bukan makanan kegemaran anak majikannya?

Seingatnya, Puan Jeon pernah memberitahu bahawasanya Jungkook penggemar nombor satu daging. Tidak kisahlah jenis hidangan daging apa pun, Jungkook pasti bersemangat untuk menyantapinya. Dia bahkan berpesan kepada Makcik Kim supaya kerap memasakkan Jungkook masakan daging.

Dan ini sangat membuatkan satu perasaan aneh muncul di dalam benak Makcik Kim. Walaupun dia baru sahaja berkhidmat untuk Keluarga Jeon, tapi dia tidak tertinggal satu pun fakta mengenai Jungkook, anak majikannya, yang diberitahu oleh Puan Jeon sudah tentunya.

Makcik Kim hanya mampu memandang lirih kepada hidangan daging yang dimasaknya, semangkuk bulgogi bersama telur gulung sebagai pelengkap hidangan yang masih belum disentuh Jungkook.

*********

Sedangkan di tingkat dua rumah mendiang nenek dan datuk Jungkook, remaja itu masih berbaring di atas katilnya. Dia hanya berbaring, tanpa melakukan apapun. Otaknya masih berlegar legar tentang hari pertamanya di sekolah baharu.

Boleh tahan. Itulah rumusan yang boleh Jungkook ungkapkan secara keseluruhan. Walaupun tidak sehebat dan sebagus sekolahnya di Seoul, tapi tetap sahaja memuaskan hatinya.

Bersekolah di Daegu tidak seperti yang dibayangkannya sebelum ini. Cikgu cikgunya juga ramah, termasuk lah rakan sekelasnya. Hanya sahaja otak dan perlakuan mereka yang agak- kolot. Termasuklah dengan Taehyung.

Tidak, Jungkook tidak salah menghina mereka, memang itulah kenyataannya.

Ada dari rakan sekelas menanyakan kenapa Iphone 2 yang digunakan Jungkook dapat disentuh skrinnya hanya menggunakan jari dan kenapa telefon itu mempunyai skrin yang besar? Tidak sama dengan telefon rumahnya yang mempunyai punat papan kekunci di bahagian bawah. Bahkan ada yang bertanya macam mana dia boleh memiliki telefon pintar. Tidak mahal kah telefon itu? Sedangkan ada sesetengah dari ibu bapa mereka yang tidak mempunyai alat telekomunikasi tersebut.

Jungkook hanya tersenyum janggal, menanggapi kekolotan mereka. Tidak hairanlah sekiranya Jungkook dipandang aneh daripada mereka sekalipun. Mereka terlampau kolot.

Setelah dijelaskan satu persatu dan ditunjukkan cara memakainya oleh Jungkook, barulah mereka mengangguk faham. Sumpah, Jungkook berasa risih, dia tidak ubah seperti promoter telefon.

Mereka malahan terkejut setelah mendapat tahu bahawasanya Jungkook ialah cucu daripada Jeon Jungshik, datuknya.

Semua penduduk di Daegu mengetahui perihal datuk Jungkook yang mempunyai syarikat pembangunan yang terkenal dan malah mempunyai banyak cabang keseluruh negara Korea Selatan. Tidak ditambah lagi dengan ladang tumbuh tumbuhan dan buah buahan yang diurus oleh orang bawahan Puan Jeon yang terhampar luas. Sebab itulah hanya rumah datuknya yang terletak di tepi bukit itu sahaja paling menonjol kerana paling gah dan mewah di kawasan itu.

Jungkook menghela nafas panjang dan kemudiannya beralih kearah meja belajarnya yang terletak di tepi tingkap. Sebenarnya dia sengaja menyuruh pekerja ibu Puan Jeon meletakkan di situ. Alasannya mudah, posisi itu memudahkannya untuk menikmati pemandangan kota Daegu dari tingkat dua.

TEMPESTUOUSWhere stories live. Discover now