Reza

43 6 1
                                    

"Penat nya!"

Manabu menghempas kan diri di atas sofa empuk di ruang tamu. Beg sekolahnya di lantai dan neck tie nya longgar.

'Pelik nya. Ayumi-neesan sepatutnya dah balik, seingat aku dia balik lebih awal dari biasa' fikir nya lagi.

Manabu membuka lampu dapur dan ruang tamu memandang kan hari sudah senja. Hari ini waktu persekolahan berakhir lambat kerana perlu menguruskan pelajar tahun pertama dan bilik kelab. Di tambah lagi, Manami menyeret nya melihat pelbagai kelab dari Chess sehingga History Club.

"Kalau nak di fikirkan hanya kelab Anime je yang kami tak dapat lihat tadi" bisik Manabu perlahan.


◇Flashback◇

"Ma-Manami! Per...perlahan lah sikit! Kenapa nak cepat-cepat ni!"

Manami tidak memperlahankan jalan nya dan terus menarik Manabu yang cuba seiring rakan sekelas nya.

"Haha~Maaf tapi aku ada perkara nak buat petang nanti. Jadi kita kena lawat semua kelab kat sekolah ni!" Jerit Manami teruja.

"Se-semua?! O-oi berapa banyak kelab ada kat sekolah ni?" Tanya Manabu.

"Berapa? Hmm... kalau tak silap lebih 20... atau lagi? Aku tak ingat!"

"Dua puluh?! Ba-banyak nya! Kenapa banyak sangat?"

Manami berhenti berlari dan berfikir seketika.

"Hmm~seingat aku sekolah kebanyakan pelajar menyertai 2 kelab. Jadi mereka bahagikan masa, ada yang sertai 3 kelab. Di sebabkan tu ada banyak kelab rasmi di sekolah ni"

Kedua remaja tahun pertama itu memandang satu sama lain seketika. Manabu menghembus nafas perlahan dan memandang Manami tepat ke dalam mata.

"Orang mana sertai 2 atau 3 kelab?! Ini sekolah ke apa?"

"Kau ni banyak tanya lah, Manabu"

Manabu rasa macam nak pukul kepala kawan nya itu. Mereka tidak sedar yang ramai senior dan pelajar tahun pertama yang memerhatikan mereka seperti persembahan teater.

"Kau ni memang tak tahu apa-apa kan? Usagi High School adalah salah satu sekolah elite di Jepun. Kebanyakan orang yang memasuki sekolah ini ada bakat yang menakjubkan dalam banyak perkara. Pelajar yang terpilih menyertai sekolah ini biasa memiliki saudara yang sudah bersekolah di sini dan pelajar yang memiliki akademik yang cemerlang"

Manabu hilang di dalam dream lan lagi bila dia mendengar perkataan elite dan pelajar cemerlang.

"Usagi High School atau dengan nickname mereka World Class Club, memenangi banyak anugerah dan mendapat tempat kedua dalam carta sekolah terhebat seluruh Jepun. Di bawah Vixen High School yang menduduki tangga pertama"

Click!

Sel di dalam otak Manabu berbunyi sebaik saja Manami habis berbicara.

Anime TimeWhere stories live. Discover now