10

423 29 6
                                    

"Weeeehhhhhhh! Bulan depan Al Hubbu release buku baruuuuu!" Kata aku dengan penuh keterujaan.

"Alisya, kau diam sikit boleh tak. Tu semua orang pandang kau."

Aku pandang sekeliling melihat beberapa mata sedang memandang ke arah aku.

"Heheh. Aku excited ni Ya Allahh."

"Ye, ye aku tahu kau excited. Releks dulu. Ni kat kedai makan ni. Kau balik rumah nanti, kau menjerit lah puas-puas." Zayn cuba menenangkan aku.

"Hah apa tajuk buku baru dia tu?" Soal Fatma sambil menghirup mee rebus cafe universiti yang menjadi kegemarannya sejak hari pertama dia menjejak kaki ke sini.

"Melihat Langit Yang Tersenyum. Ya Allah, tajuk pun dah besst!"

"Kenapa kau minat sangat Al Hubbu tu?" Soal Zayn yang sedang duduk disebelah aku.

"Aku suka cara dia sampaikan ilmu melalui penulisan dia. Dari zaman sekolah lagi, penulisan dia buat aku tersentuh. Aku belajar banyak ilmu baru dari segala penulisan dia. Kalau aku jumpa dia, aku nak peluk dia kemas-kemas, aku nak bagitahu dia betapa besarnya kesan penulisan dia pada hidup aku."

"Jap Al Hubbu tu lelaki ke perempuan?" Fatma mencelah.

"Firasat aku kuat mengatakan dia perempuan. Lepastu aku pun ada juga lah terbaca komen-komen yang cakap dia ni perempuan."

"Amboi, yakinnya kamu, hebatnya kamu." Zayn mula bersuara persis Ustaz Hamadi.

"Apa? Apa? Kau tahu apa? Kau bukan membaca pun."

"Kalau aku cakap dia tu lelaki?" Soalan Zayn membuatkan aku berfikir buat beberapa saat.

"Apa bukti dia lelaki?" Soalan aku membuatkan Zayn terdiam.

Tidak lama selepas itu, Zayn pula bertanya pada aku. "Apa bukti dia perempuan?"

Hah tersedak aku tak tahu nak jawab apa. Aku pun tak ada bukti, dia pun tak ada bukti. Hah dua-dua bercakap tanpa unsur.

"Haaaa, kau pun tak ada bukti. Cis!"

Aku menjeling pada Zayn dan kembali menikmati nasi goreng pataya di hadapan aku.

"Emm. Alisya buku-buku yang kau tulis tu, macam mana? Dah siap?" Soalan Zayn membuatkan aku berhenti dari menikmati juadah. Aku memandang Zayn yang juga sedang memandang aku.

"Ha ah weh. Bila kau nak publish? Aku suka baca penulisan kau. Aku pun tak sabar nak tengok first buku kau."

Aku memandang Fatma yang menonjolkan keterujaannya.

"Emm. Aku takut lah. Aku tak yakin dengan penulisan aku. Aku takut apa yang aku tulis tak mendatangkan kebaikan pada orang lain. Aku takut apa yang aku tulis ni tak matang, tak hebat macam penulis-penulis yang lain." Aku berkata sambil sudu ditangan aku menolak-nolak nasi goreng didalam pinggan.

"Alisya, kau janganlah macam ni. Kau tahu tak ramai orang perlu baca apa yang kau tulis. Aku pernah baca penulisan kau. Aku tahu betapa ramainya orang perlukan penulisan kau dalam hidup mereka. Macam kau. Kau cakap penulisan Al Hubbu bagi kesan yang besar dalam hidup kau. Aku pun yakin penulisan kau dapat bagi kesan yang besar juga pada ramai orang. Aku tahu cara penulisan kau, aku tahu cara pemikiran kau, dan aku yakin, ramai orang kat luar sana yang perlukan karya kau. Yakin Alisya. Aku yakin dengan kau."

Aku memandang Zayn yang sedang tersenyum ke arah aku.

"Penulisan kau banyak beri semangat pada aku. Kalau aku rasa down, aku baca puisi-puisi yang kau tulis selama ni kat ig. Aku simpan semua. Sebab aku perlukan itu semua. Jadi Alisya, be confident. Aku yakin dengan kau."

+ + + +

"Ah! Finally done!"

Aku bangun dari meja belajar aku dan renggangkan badan. Akhirnya, siap juga assignment sebelum midsem aku. Satu kepuasan yang tak dapat digambarkan bila kau berjaya siapkan assignment satu minggu sebelum deadline.

Aku terus meluru ke katil empuk aku dan terbaring kepuasan. Urat-urat aku yang tadi berdenyut dek terlalu lama duduk menghadapkan laptop, sekarang sudah beransur selesa.

Buat beberapa ketika, hati aku mula bermonolog.

Bagi aku, hidup aku terlalu sempurna, terlalu selesa dan bahagia. Sampai bila Allah akan pinjamkan pada aku keselesaan ni? Orang kata, Allah uji kerana Allah sayang. Tapi sepanjang kehidupan aku, aku tak rasa Allah pernah beri ujian yang berat pada aku. Adakah Allah tidak mencintai aku?

Jujur aku cemburu dengan mereka yang Allah berikan ujian berat. Bagi aku, Allah telah mencurahkan kasih sayang pada mereka. Tapi aku? Masih hidup dalam kesempurnaan dan keselesaan.

Monolog aku terhenti apabila pintu bilik aku dibuka. Mata aku pantas memandang sosok yang sedang memasuki kamar aku.

"Haa dah siap buat assignment?" Soal ibu sambil membawq secawan teh panas.

"Sudah!" Aku menjawab dengan penuh kebahagiaan. Aku bangun dari katil dan duduk dibucu katil.

"Nah minum ni." Aku menerima pemberian ibu.

"Alisya, is it okay klau kita buat majlis pertunangan 2 minggu depan?"

Tersedak aku bila dengar soalan ibu.

Ni bukan soalan biasa-biasa. Ni soalan yang akan menentukan masa depan aku.

"Emmm. Ibu. Bagi masa Isya fikir dulu ya?"

Hati Untuk DiaWhere stories live. Discover now