Bab 18 [Akhir]

2.8K 103 11
                                    

DI SATU SUDUT BILIK ITU, berkeping-keping gambar dilekatkan di atas satu softboard yang besar - yang saiznya hampir memenuhi keseluruhan bahagian dinding bilik. Gambar pernikahan Qhalid dengan Aisha, gambar persandingan, gambar candid mereka berdua, gambar Qhalid sedang terlena di atas sofa, gambar Aisha sedang membelek baju bayi, dan bermacam-macam lagilah jenis gambar. Semuanya dilekatkan di atas softboard itu.

Aisha mengusap tangan Qhalid yang sedang memeluknya dari belakang. Lelaki itu tak jemu mengusap perut Aisha yang semakin membesar dari hari ke hari. Lagi seminggu, lahirlah anak yang dikandung oleh Aisha ini. Mereka berdua sama-sama berdiri di bilik itu sambil menghadap softboard yang besar itu. Itu semua idea Qhalid yang mahu menggunakan ruang di dalam bilik lama Aisha itu sebagai ruang 'Moments'.

'Moments' - bak kata Qhalid. Kononnya sebagai tempat untuk mempamerkan gambar yang menyimpan segala memori mereka bersama.

"Orang suka gambar tu." Aisha menunjuk pada sekeping gambar. Gambar di mana Qhalid tunduk mencium perut Aisha, sambil Aisha mengusap rambut lelaki itu. Itu gambar yang diambil oleh Pyan (Qhalid mengupah kawanny untuk membuat sesi fotografi khas semasa kandungan Aisha mencecah lapan bulan). Sengaja mereka berdua mahu mengabadikan saat-saat Aisha mengandungkan anak sulung mereka.

"Sebab abang nampak handsome, kan?"

"Oh, pleaseee..."

.

.

.

Dan seminggu selepas itu, gambar seorang bayi lelaki terpapar di ruang softboard. Satu kad hasil tulisan Qhalid turut dilekatkan di sebelah gambar-gambar itu.

Welcome to the family, son.

Much love, Ayah and Ibu.

Sampai Bila? [2014]Where stories live. Discover now