Dahulu

56 6 2
                                    

Masa berlalu
Hari berganti
Namun bulan belum
berjumpa lawannya
Tahun lama lagi hendak
bertemu akhirnya
Tetapi ianya sudah
tidak seperti dahulu
Betapa aku takut hendak memulakan, menerima dan melaluinya
Telah aku semat dihati agar tidak akan membuka ruang
Entah kenapa aku jadi berani kerana aku rasa gembira
Gembira kerana dapat melupakan keresahan dan keperitan
Gembira kerana aku terlalu naif melihat keikhlasan
Gembira kerana aku terlalu percaya
Hingga aku lupa
siapa aku yang sebenarnya
Hingga aku hilang kawalan,
terlepas pegangan
Namun aku tidak menyesal
cuma mungkin kecewa
kerana terlalu percaya
Hanya kerana terlalu gembira aku lupa yang ianya akan berakhir
Dahulu ianya sangat indah dan berwarna warni
Rasa yang tidak pernah aku alami sebelum ini
Mungkinkah ianya akan
muncul kembali
Kebahagian, kegembiraan, keindahan dan keikhlasan
Aku tidak berniat memiliki, hanya ingin merasai
Dahulu yang sangat membahagiakan

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 28, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

sajak suka2Where stories live. Discover now