DB 4

452 80 78
                                    

Yeosang terkejut melihat DEATH BOOK kini berada di dalam begnya secara tiba-tiba. Kalau tidak silapnya, dia hanya tinggalkan ia di dalam biliknya sahaja. Dia tidak pernah terfikir mahu membawa buku itu ke sekolah.

"Buku ni ikut aku ke? Sebab dari semalam ia ikut aku. Ia seolah-olah--"

"Kau terkejut ke?"

Yeosang terus berpaling ke belakangnya. Dia melihat susuk badan lelaki yang tinggi lampai kini berada di belakangnya. Dengan senyuman yang sinis serta berpakaian serba hitam itu membuatkan Yeosang tertanya siapakah orang itu?

"Kau siapa? Aku tak pernah tengok kau kat sini pun..." ujar Yeosang perlahan.

"Aku Jeong Yunho. Akulah DEATH BOOK itu," jawab lelaki yang bernama Yunho itu.

"Maksud kau? Aku tak faham," soal Yeosang lagi.

"Aku adalah roh dalam DEATH BOOK ini. Sepatutnya DEATH BOOK ini tak boleh dilihat oleh manusia dengan mata kasar. Namun, kau boleh nampak dan pada masa yang sama dapat memegang buku ni. Jadi, secara tak langsung kau adalah tuan aku," terang Yunho dengan lebar. Yeosang terdiam.

Dia berasa pelik dengan DEATH BOOK itu dan pada masa yang sama dengan Yunho yang tiba-tiba sahaja muncul di belakangnya. Dia sebenarnya tidak faham langsung dengan apa yang dikatakan oleh Yunho tadi.

"Kau merepek apa ni? Aku tak faham langsung," kata Yeosang geram sedikit. Yunho tersenyum garis.

"Mungkin kau tak faham sekarang. Namun, kau akan faham jugak satu hari nanti."

Yunho yang tadi berada di belakang Yeosang itu teru menghilangkan dirinya. Yeosang disitu masih lagi terkaku. Dia tidak tahu sama ada mahu percaya ataupun tidak. DEATH BOOK itu direnung Yeosang lama-lama.

"Betul ke buku ni tak boleh dilihat oleh orang lain?" gumam Yeosang perlahan dengan matanya masih lagi menatap di DEATH BOOK itu.

Dia melilau lihat aktiviti rakan sekelasnya yang kink sedang buat kerja sendiri itu.

Apabila dia toleh kearah pintu kelas, kelihatan Wooyoung dan San sedang bersandar di dinding kelas sambil bermain phone. Yeosang bingkas bangun lalu menghampiri mereka berdua.

"San,Young, aku nak tanya ni," ucap Yeosang perlahan namun dapat didengari oleh Wooyoung dan San.

"Apa?" tanya mereka berdua serentak.

"Erm... mungkin korang akan fikir yang aku ni gila. Tapi... korang boleh nampak kan apa yang aku pegang ni?"

Soal Yeosang sambil menunjukkan DEATH BOOK itu kepada Wooyoung dan San. Mereka berdua berkerut dahi sebelum memberitahu kepada Yeosang.

"Takder apa-apa pun. Kau hanya tunjukkan tangan kau yang kosong tu kat kitorang," ujar San.

"Haahlah. Kau ni okey ke tak sebenarnya? Apa Jaehyun dengan geng dia dah buat sampaikan kau jadi macam ni?" sapuk Wooyoung pula. Yeosang terkejut dengan jawapan mereka.

"A-ani." Jawab Yeosang gagap lalu kembali duduk di tempat asalnya semula.

San dan Wooyoung yang memerhatikan gerak geri Yeosang itu hanya menggeleng. Mereka pun mula memandang sesama sendiri.

"Aku rasa keadaan budak patung tu dah makin teruklah."

"Itulah pasal. Kesian pula aku tengok."

•••••

Habis sahaja waktu persekolahan pada hari ini, semua pelajar mula mengemas meja dan buku mereka terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah.

Yeosang bergegas mengemas semua barangnya lalu terus keluar dari kelas untuk pulang ke rumahnya. Joochan yang melihatnya dari jauh itu berasa hairan dengan Yeosang.

[C] Death Book  ☾ 강여상 ☽Where stories live. Discover now