part 10

62 9 2
                                    

Lisa pov

Plakk...

Aku memegang wajahku pedih akibat tamparan dari yeoja yang sama sekali tidak aku kenal.dengan kasarnya dia menolak ku sehingga jatuh diatas lantai,lalu dia menarik rambutku kebelakang menyebabkan aku meringis kesakitan.dia mula memegang daguku keras lalu berkata kasar padaku.

"you bitch! Stay away from jimin!"dia menekan keras daguku lalu menamparku sekali lagi.jimin? Oh namja yang dekat rooftop tu jimin.aku memegang bibirku bila melihat cecair merah mengalir.aku melihat yeoja itu berdiri dihadapanku dengan niat untuk memijak perutku,namun dengan pantas aku memegang kakinya lalu menarik dia sehingga mencium lantai.

Aku perlahan-lahan berdiri lalu menarik rambut yeoja itu semula,aku mendengar dia meringis kesakitan apabila aku menguatkan gengamanku.aku menariknya untuk berdiri dengan posisi yang sama aku mengenggam erat rambutnya,dengan keterpaksaan dia akur berdiri.bila yeoja itu berdiri,aku terus menampar dan menendang perutnya sehingga dia jatuh mengenai loker.ramai pelajar kolej kami melihat adegan didepan mata tanpa ingin meleraikan pergaduhan kami.aku menghela nafas lalu mengambil beg sampingku diatas lantai,aku lihat yeoja itu memegang perutnya menahan kesakitan,aku menghiraukannya lalu berjalan melalui koridor yang dipenuhi oleh pelajar-pelajar.

Aku memasuki tandas dan mencuci muka dan bibirku yang dipenuhi oleh darah,aku meringis sakit bila lukaku terkena oleh air.aku mengelap muka menggunakan tisu,aku menghela nafas sambil melihat wajahku dicermin.kenapa yeoja tadi serang aku sampai bawa nama si jimin tu? Diorang ada hubungan ke? Tch..lantak dioranglah,takda urusan pun dengan aku..

Aku mula membuka pintu tandas,alangkah terkejutnya aku bila melihat sehun yang berdiri disamping tandas sambil melihat handphone miliknya.dia tak tahu ke ni tandas perempuan? Dasar sewel tch..dia tersentak sedikit bila aku memegang bahunya.dia menyimpan semula handphone kedalam poket seluarnya.

Dia memegang bahuku lalu melihat wajahku.aku memasang muka datarku seperti tidak ada yang berlaku,well aku tahu satu sekolah dah tahu tentang pergaduhan aku dengan yeoja sewel tu.dia bertanya padaku tapi aku tidak membalas jawapanya.

"macam mana korang boleh bergaduh ni?

"...."

"yakhh lisa aku tanya kau ni"aku mengeluh perlahan lalu memegang pipinya,

"baik kau tanya sendiri dengan yeoja tu"dia mengalihkan tanganku lalu membawanya kedada bidang miliknya.

"kau rasa aku percaya ke cakap yeoja tu?dah jom kita balik nanti dekat rumah kau cerita dekat aku apa yang terjadi ok"kami berjalan melalui pelajar-pelajar yang sibuk mengemas dan mengambil barang mereka di loker.

Kami memasuki kereta milik sehun lalu keluar dari perkarangan kolej.

-------------------------------❤---------------------------

Jimin pov

Sejak lisa keluar meninggalkan aku sendiri di atas rooftop,aku duduk bersandar di tepi tembok dan mengambil nafas panjang.awan putih menghiasi langit biru menenangkan fikiranku.

Aku mendongakkan mukamu melihat buku diatas tembok yang lisa letak sebelum dia keluar.aku mengapai buku dan membelek-beleknya."kenapa dia tak berminat baca buku ni? Bukan ke tiga hari lepas dia nak baca buku ni?" aku bermonolog sendiri memikirkan perlakuan lisa."ahh mungkin dia malu kut,yelah aku kan lelaki mesti dia malu bila aku bagi dia buku macam tu.aiss jimin asal kau tak fikir dulu"aku menyimpan semula novel tersebut kedalam begku.

Aku memutuskan untuk pergi dari tempat ini.aku mula terfikir siapa orang yang tepat boleh bantu aku bagi buku ni kepada lisa.aku mengeluarkan handphone milikku dan mencari nama seseorang.aku mula mendail nombornya dan menghubunginya.

Oncall

"hello jimin wae?"

"aku nak minta tolong dengan kau boleh?"

"boleh,jumpa aku dekat parking balik nanti"

"ok thanks"

Endcall

Aku melajukan langkahku untuk berjumpa dengan seseorang memandangkan beberapa minit lagi class kitorang habis.tiba-tiba aku mendengar rusuhan datang dari arah loker,aku melihat ramai pelajar berkerumunan melihat aksi didepan mata mereka tanpa ada niat untuk menghalangnya.aku mengambil keputusan untuk menghiraukan perkara tersebut kerana ada benda yang lebih penting bagiku.

Tapi langkahku tiba-tiba mati apabila mendengar seorang yeoja menjerit dan memetik namaku.

"you bitch!! Stay away from jimin!"

Aku melihat seorang yeoja berambut pirang menampar dan menarik rambut seorang yeoja lagi satu.aku tidak dapat melihat muka mereka kerana mereka membelakangkan aku tambahan pelajar-pelajar yang berpusu-pusu untuk merakam dan mengambar kedua aksi yeoja itu.yeoja berambut pirang itu ingin berdiri dan memijak perut seorang yeoja yang terbaring diatas lantai tapi aksinya terbatal bila yeoja itu menarik kaki yeoja berambut pirang itu sehingga mencium lantai.

Dia kemudian menarik rambut yeoja itu untuk menyuruhnya berdiri lalu menampar wajah mulus milik yeoja berambut pirang itu,lalu dia melayangkan tendangannya keperut yeoja itu sehingga dia terjatuh mengenai loker.aku mula mengenal pasti yeoja berambut pirang itu..dia..bukan kah dia momo yang gedik bertanya namaku? Oh shit macam mana dia tahu nama aku.

Aku melihat ramai orang menolong momo untuk berdiri,tapi kemana yeoja yang satu lagi..ah lantak la,aku segera menuju ketempat parking menemui orang yang aku minta bantuan.sesampainya aku disana aku melihat dia,dan dua orang lagi rakannya,dia melambaikan tangannya untuk menyuruhku datang ketempatnya.

"ha kau nak aku tolong apa?"katanya,aku dengan segera mengeluarkan buku dari dalam begku.dia melihatku dengan kehairanan.

"tolong aku bagi bukuni dekat lisa"dia menaikkan sebelah keningnya lalu berkata kepadaku.

"kau kata nak bagi dia sendiri,habistu kenapa bagi aku pulak?"aku memandang kakiku lalu melihatnya semula.

"aku ada jumpa dia dekat rooftop,aku dah kasi dekat dia tapi...dia tolak,dia kata dia tak baca buku macam ni.aku rasa dia malu nak ambil,sebab tu aku bagi dekat kau.tolong aku eh"dia menghadiahkan aku senyumannya lalu mengangguk,aku pun gembira bila dia boleh tolong aku.

"thanks"kataku

"my pleasure! Oklah kitorang nak balik dah bye! See you"aku melambaikan tanganku bila dia sudah selamat masuk kedalam kereta,aku tersenyum kepadanya.kereta miliknya meluncur keluar dari perkarangan kolej.

Aku berjalan menuju ke keretaku,aku menghidupkan enjin lalu memasang aircond dan menghidupkan radio untuk menghiburku..aku membawa kereta meluncur keluar dari perkarangan kolej lalu pulang kerumahku.






























Continued..

Sowey pendeks guys...idea tersangat kering ni😷

PsYcHo/(LIZMIN) Where stories live. Discover now