Cari...

304 28 6
                                    

Boboiboy kembali ke kedai dengan perasaan hampa. Yaya dan Yinv masih lagi di sana. Diorang rasa hairan bila tengok Boboiboy seorang diri dan tiada tanda-tanda kehadiran Gopal.

Yaya: Boboiboy, mana Gopal?
Boboiboy: ....
Ying: Kamu ada masalah ka Boboiboy?
Boboiboy: Tak ada lah. Aku okay je.
Yaya: Ceritalah kat kitorang. Kita kan kawan. Mungkin kitorang dapat tolong.
Boboiboy: .... Aku ada terima mesej ugutan dari masa kita balik ke bumi lagi.
Yaya: Kenapa baru bagitahu sekarang?!
Ying: Sabar Yaya. Sabar.
Boboiboy: Aku tak tahu nak buat apa masa tu. Aku ingatkan ada orang nak prank aku. Lepas apa yang terjadi kat Fang, aku tahu aku perlu bertindak cepat sebelum korang terlibat. Tapi sekarang,...

Boboiboy senyap. Dia memandang ke bawah, cuba menahan air matanya mengalir.

Boboiboy: Gopal pun dah terlibat. Aku tak tahu apa yang akan dia buat lepas ni. Aku rasa macam putus asa.

Yaya dan Ying melihat antara satu sama lain.

Yaya: Jangan risau Boboiboy. Kitorang kan ada. Kita akan selesaikan perkara ni sama-sama.

Boboiboy senyum. Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu. Boboiboy lihat ke arah Ying.

Boboiboy: Lepasni kau Ying. Erifa akan cuba culik kau pulak.
Ying: Jangan risau lah. Dia tak sempat punya nak kejar aku nanti.
Yaya: Aku rasa kita perlu siasat tentang budak perempuan ni dulu.
Boboiboy: Nama penuh dia Erifa Nabila binti Dato' Hazqil. Dia berdendam dengan aku mungkin sebab kematian keluarga dia.
Ying: Kenapa pulak?
Boboiboy: Aku pernah mimpi, aku pergi kat satu rumah yang tengah terbakar. Bila aku cuba untuk hentikan api, badan aku tak boleh bergerak. Lepastu, sorang budak perempuan keluar dari rumah tu. Badan dia penuh dengan luka dan berdarah. Dia marah kat aku, dia kata kenapa aku tak selamatkan keluarga dia sedangkan tu tugas aku. Apa yang mengejutkan bila aku balas 'Sebab tu apa yang diorang berhak dapat'.

Yaya dan Ying tekun mendengar cerita Boboiboy.

???: Aku rasa tu cebisan memori lama kau, Boboiboy.

Boboiboy melihat ke belakang dan Ochobot berada di situ.

Yaya: Sejak bila kau ada kat situ Ochobot?
Ochobot: Dari mula lagi. Korang dah cuba check pasal latar belakang keluarga Dato' Hazqil?
Boboiboy: *Keluarkan phone* Aku ada cuba search dalam google dan hanya satu carian sahaja yang keluar.
Yaya: Lebih baik daripada tak ada langsung.

Boboiboy tekan kepada carian itu. Ianya sebuah laman web yang mempunyai warna latar hitam dan tulisan dengan warna putih. Mereka semua membaca artikel tersebut.

Keluarga Dato' Hazqil

Dato' Hazqil merupakan seorang saintis yang sangat terkenal kerana pintar dalam mengkaji aktiviti-aktiviti luar biasa di bumi. Beliau telah melakukan pelbagai uji kaji yang banyak membantu dunia. Pada tahun 20__, beliau dikenakan saman kerana melakukan uji kaji haram dan barang-barang ujian serta makmal beliau disita. Tiga tahun kemudian, beliau meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya.

Bacaan mereka terganggu apabila phone Boboiboy menerima satu mesej baru dari Unknown.

Unknow: Dah kenal ke keluarga aku?

——————————————————————————————

Sorry if cerita ni semakin lama, semakin hambar 😓.. Anyway, stay save everyone!!

(Feel free to leave a comment!)

Hidden story...Where stories live. Discover now