Academy

151 18 8
                                    

"Star Raizen!! Bangun dari tidur sekarang juga. Ibu akan menyediakan sarapan dan bekalan untukmu ke ujian akademi harini. Kamu tidak boleh lewat kerana hari ini adalah hari pertama kamu!!" Puan Rin, ibu Raizen bersuara lantang dari dapur..

"Baik!!" Perlahan sahaja Raizen menjawab. Dia malas sebenarnya untuk pergi ke akademi kerana mereka dari klan bawahan cuma akan menjadi bahan bulian anak klan agung..

Puan Rin bersemangat memikirkan anak tunggalnya yang akan pergi menduduki ujian masuk akademi, walaupun hanya dari klan bawahan, anaknya tetap perlu pergi ke akademi untuk mendapatkan ilmu yang tidak mampu diajarkannya dirumah.. Mendiang suaminya, Skyzo mewasiatkan dirinya agar menjaga anak mereka dengan baik dan memberikannya didikan yang cukup agar dapat berdiri setanding dengan anak klan agung..

"Ibu?" Raizen yang baru memasuki dapur melihat ibunya yang mengelamun panjang..

"Raizen anak ibu, kamu nampak segak dalam uniform akademi" Puan Rin memuji anak lelakinya yang nampak tampan dan kemas berbaju uniform.

"Ada-ada sahaja la ibu ni.. Hmm,, Zen risau sekiranya Zen tak mampu lepas ujian kemasukan ke akademi. Tentu Zen akan mengecewakan harapan ibu dan juga ayah." Raizen meluahkan kerisauan di hatinya.

"Usah risau Raizen, percaya diri kamu, kamu akan bersinar terang seperti nama kamu 🥰 Star Raizen" Puan Rin memberikan kata-kata semangat kepada anak tunggalnya.

Selesai sahaja bersarapan, Raizen keluar dari rumah dan berjalan kaki menuju ke kawasan pengangkutan pelajar akademi.. Kira-kira 15 minit berjalan kaki, dia sampai ke tempat pengambilan pelajar. Terdapat ramai orang yang seusia dengannya sedang beratur untuk memasuki bas. Raizen menunggu dan kemudian masuk ke dalam bas.

Keadaan dalam bas sangatlah padat dan separuh dari mereka terpaksa berkongsi tempat duduk ataupun berdiri.

Raizen tidak ambil pusing dengan semua ini kerana sedari kecil memang situasi ini yang sering dihadapinya. Klan agung mengeksplotasi golongan bawahan seperti mereka dan perkhidmatan pengankutan yang disediakan jua hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Sambil lewa kerana bagi mereka kebajikan golongan bawahan tidak penting.

Hope Academy terletak jauh dari pusat bandar dan kampung dari klan bawahan. Bangunan akademi didirikan di sekitar gugusan pulau yang terletak di selatan Halivore.

Ujian kemasukan ke akademi akan dijalankan di dewan besar pusat bandar dan bagi mereka yang terpilih. Mereka akan diberikan masa 3 hari untuk menyiapkan keperluan dan bergerak ke pulau secara berfasa.

Perjalanan yang jauh akhirnya tamat jua apabila bas yang membawa mereka berhenti di hadapan pintu masuk ke kawasan dewan. Pemandu bas mengarahkan mereka turun dan beratur untuk berjalan masuk ke kawasan dewan..

Raizen memerhatikan kawasan sekeliling. Terlalu ramai orang yang sedang duduk bertebaran di sekitar dewan.

Pintu masuk dewan belum dibuka dan ujian kemasukan belum berjalan.
Mereka diminta duduk sementara menunggu arahan dari guru akademi.

Raizen duduk di bahagian belakang dan hanya memerhatikan orang sekelilingnya. Dari kejauhan dilihatnya beberapa orang anak dari klan agung menggangu anak perempuan dari klan bawahan..

Pelbagai tingkah dilakukan oleh mereka. Raizen yang malas mahu masuk campur cuba melelapkan mata. Jika terus melihat kebodohan dimatanya tentu sahaja dia akan turut menjadi bodoh.

Tidur Raizen yang baru sekejab diganggu dengan suara-suara sumbang "Gaduh, Gaduh, Pukul, Pukul" Entah apa sahaja yang berlaku.

Dilihatnya anak dari klan agung tadi kali ini memukul pula seorang pelajar lelaki klan bawahan..

"Sampah" Lantang sahaja suara Raizen mengejek perbuatan mereka.

Budak lelaki yang terdengar kata-kata Raizen segera berpaling dan memandang tepat ke matanya.

"Hah ? Kau nak jadi hero ke ni ? anak klan bawahan kata aku sampah? kau yang sampah sebenarnya. Klan bawahan ni tak layak pun hantar anak untuk masuk Hope Academy." Sinis saja kata-katanya.

Raizen berpaling dan ingin berlalu pergi namun budak lelaki tersebut bertindak menendang Raizen sehingga membuatnya terjatuh.

"Kurang ajar!! Kau patut hormat aku!Dasar klan sampah!? Bagitau kau dari klan mana ? Aku akan minta ayah aku seksa keturunan kau habis habis!"

Raizen hanya berdiam diri dan tidak bertindak balas dengan kata-kata budak tersebut.

Baru sahaja budak tersebut ingin melepaskan tumbukan, seorang cikgu yang mengendalikan pelajar mencelah.

"Apa yang berlaku disana?!" Lantang suaranya menegur.

Semua pelajar beredar dan meninggalkan Raizen yang masih terbaring di tanah.

Remaja lelaki yang dibuli tadi perlahan-lahan menghampiri Raizen dan menghulurkan tangan bagi membantu Raizen bangun.

"Err, hi ? aku Marco, terima kasih sebab tolong aku tadi" Penuh janggal Marco berkata.

"Rizen, okay takde masalah"

Sambil Beriringan, Marco dan Raizen berkumpul bersama pelajar yang lain di hadapan cikgu tersebut.

"Beratur semua, baik, saya sebagai wakil dari tenaga pengajar akan memberi taklimat sedikit berkaitan dengan akademi kita, sila beri perhatian ya"

Semua pelajar menumpukan perhatian kepada cikgu tersebut dan menunggu cikgu tersebur meneruskan kata-kata.

Cikgu tersebut menarik nafas dalam dalam dan membuka matanya. Aura berwarna biru keluar dari tubuh cikgu tersebut, apabila cahaya tersebut berkurang, jelas cikgu yang berdiri di hadapan mereka mempunyai tanduk dan bersisik seperti naga.

"Sekiranya kamu layak meneruskan pengajian di akademi ini, maka kamu akan dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan mengikut kuasa kamu. Seperti yang kamu tahu, hanya 3 kuasa yang tinggal dan wujud sehingga sekarang iaitu, naga, api dan, alam."

"Saya mempunyai kuasa naga, yang bermakna saya mewarisi darah naga.. Ini akan meningkatkan kekebalan dan kekuatan saya" Cikgu tersebut dengan tenang kemudiannya menumbuk tompokan batu di belakangnya dan batu tersebut hancur..

"Woah" Semua pelajar terpegun dengan apa yang baru disaksikan mereka.

Cikgu tersebut tersenyum dengan reaksi pelajar itu. Inilah yang dihadapinya saban tahun apabila melakukan demo kepada bakal pelajar.

"Terbaiklah cikgu.. Sila beri kami tunjuk ajar"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

To Be Continue 🌈😇

Do Like And Comment

Akan Didelete Sekiranya Kurang Mendapat Sambutan 🤕

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 08, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Awakening Of Star Where stories live. Discover now