¡¡

9 0 0
                                    


"Korang dah kenapa? Aku tak rasa sejuk pun." Soal Tiara pada Airy,Rina dan Lina.

Serentak mereka bertiga menggeleng kepala. "Cuma aku nak kau jangan buat macam tadi lagi, seram wey." Komen Airy pada kelakuan yg Tiara buat sebentar tadi.

"Hmm"

'Siak betul minah ni,aku tak tahulah apa jadi kalau minah ni betul - betul marah. Dahlah suara minah ni bukan main seram, walaupun tenang jer dia cakap, tapi aura dia boleh buat aku rasa seram sejuk.' Bebel Airy sambil menggosok kedua belah lengannya sedikit, sebab dia masih dapat rasa aura dingin tu.

'Kalau macam ni lah, aku insaf dah taknak kacau Haz waktu dia betul - betul nak tidur, dn kalau Haz tak nak sapa bising. Seram!!! Walaupun tak marah, tapi tetap seram apalagi kalau marah. Ish tak sanggup nak bayangkan.' Sambil turut menggosok kedua belah lengannya Rina membebel dalam hati.

'Lagi seram dari tengok horror movie atau masuk rumah hantu. Nasib baik Haz tak marah kalau tak, rasanya lagi teruklah budk juniors tu kena. Huish seram sejuk betul aku rasa, tenang jangan disangka tiada buaya. Peribahasa yg sangat sesuai dengan Haz. Haish walaupun Haz tak buat apa- apa dah, tetap buatkan aura dingin tak lama tadi masih tersisa.' Lina turut melakukan hal yg dilakukan oleh Airy dan Rina.

Tiara yg tengok perbuatan ketiga sahabatnya hanya mengelengkan kepala.

'Daripada aku layan tiga ekor tu, baik aku makan.' Monolog Tiara dalam hatinya. "Korang tak makan?" Sambil menyuap makan ke dalam mulut, Tiara bertanya kepada ketiga sahabatnya itu.

Serentak mereka bertiga makan, lepas kena soal dengan Tiara. Orang yg menyoal pulak yg terkejut,

'wah dasyatlah, aku tak tahu pulak dorang tiga ni boleh jadi serentak macam ni.' Teruja Tiara tengok keseragaman cara makan ketiga sahabtnya itu.

Tanpa mengetahui hal yg sebenarnya, bahwa dorang tiga tu masih rasa aura dingin itu.

SKIP~☆~

Tiara dan ketiga sahabtnya masuk ke dalam kelas mereka semula. Baru 10 minit berlalu, " aku ada pengumuman, semua cikgu ada meeting sampai balik so korang boleh buat kerja sendiri."

Pengumuman tiba - tiba dari ketua kelas mereka, Aswi membuatkan seisi kelas gembira.

Sejurus saja pengumuman itu, terus Tiara meletakkan kepalanya dan menyambung pelayaran ke alam mimpi.

12:30 tengahari~☆~

Tok! Tok! Tok!

Ketukan dipintu menarik minat seisi kelas 4 Engle. "Boleh saya berjumpa dengan Tiara?" Budak pengaws itu meminta izin.

"Haz bangun, ada pengawas nak jumpa kau." Jelas Airy bila melihat Tiara dah buka mata. Sambil mengeluh Tiara bangun dari tempat duduknya, untuk pergi keluar kelas.

"Pahal?" Sambil bersandar dipintu serta memeluk tubuh, Tiara bertanya kearah budak pengawas tu.

"Er...hmm....cikgu-cikgu nak jumpa Tiara dekat bilik meeting sekarang, bawa beg terus." Jelas budak pengawas tu dengan tangan yg menggengam erat hujung vase bajunya sehingga berkedut.

Tiara sekadar mengganguk dan terus berlalu dari sana, nak simpan semua baranglah katakan. "Asal?" Soal Airy bila tengok Tiara tengah simpan semua barang dia macam nak balik.

"Cikgu nak jumpa." Dn terus blah dari kelasnya menuju ke bilik meeting.

Bilik Mesyuarat~☆~

Tok!Tok!Tok!

Setelah meletakkan begnya dikerusi yg sedia ada di kawasan itu, terus saja Tiara mengetuk pintu bilik mesyuarat tu. Kang kalau main terjah kena cop takda sopan santun plak an.

CHOICE ❄Where stories live. Discover now