#pergi

120 20 6
                                    

[ Mar 28 , 2020 ]

Kau bisikkan suka
Aku tepis sesedap rasa

Kau bisikkan kata kata
Aku tutup gegendang telinga

Kau cuba memaksa
Tapi aku lari buat tak pernah jumpa

Lalu kau membuka langkah
Oh barangkali kau menyerah kalah?

Disaat kau pergi
Aku fikir kau takkan kembali

Rupanya kau muncul lagi
Menyelinap masuk dalam mimpi

Aku cuba usir
Melibas libas macam buang pasir

Tapi kau degil
Kau tetap disitu minta diketil

Bila aku tanya kenapa
Kau jawab tiada apa

Sengaja kau mahu mengusik
Tapi aku berikan senyuman plastik

Aku tanya lagi
Kau mahu apa kali ini?

Dan baru kau serius
Jawapan suka kau macam minta fulus

Aku jaga bagai emas permata
Tapi sesedap hati kau minta

Sudah lah

Aku minta kau pergi
Bukan kerana aku benci

Tapi wahai si teruna
Kita ini manusia

Nafsu perlu dijaga
Hati perlu dikunci sentiasa

Aku hanya mahu kau hormat
Diri kami sebagai muslimat

Pergi

Pergi cari cinta Allah dahulu
Pergi temui cinta Yang satu
Pergi setia denganNya dahulu

Setelah itu
Kembalilah kau yang baru

Tapi jangan meluru sahaja
Jangan cuit hatinya
Itu dosa

Pergi ketemu ayah bondanya
Selesaikan dalam agama
Itu baru lelaki sejati yang kami pinta

Ya?

***************

Okbye.

AbjadWhere stories live. Discover now