TIGA

506 7 0
                                    

15 jam. 15 jam Nadya meninggalkan tempat yang tidak pernah dapat dia panggil rumah. 15 jam dia meninggalkan bandar yang tidak pernah menjadi kebiasaan untuknya biar berapa lama dia tinggal di sana. 15 jam dia tinggalkan lelaki yang dia cintai sepenuh hati namun tidak dapat dia miliki sepenuhnya. 15 jam dia meninggalkan hatinya di sana. 15 jam dia meninggalkan satu-satunya sebab untuk dia teruskan hidup di dunia. Dan 15 jam juga handphonenya kosong tanpa sebarang pesanan atau panggilan. Mungkin lelaki itu masih lagi belum menyedari kehilangannya. Mungkin lelaki itu masih lagi dalam pelukan wanita-wanita yang selalu menemaninya. Atau mungkin dia lebih bahagia tanpanya. Nadya mengeluh berat.

Bagasinya diheret mengikuti langkah kaki yang seberat hatinya. Hanya satu beg bagasi kecil dia bawa. Bagasi yang hanya mengisi pakaian dan bukan segala kenangan telah dia tinggalkan di sana. Bukan kerana dia ingin kembali ke sana. Bukan kerana dia mengharapkan lelaki itu menjemputnya pulang kembali ke sana walau itu adalah separuh daripada keinginannya. Namun, dia meninggalkan segala yang lain kerana dia sudah penat dihantui kenangan. Dia penat diburu keinginan yang tidak tercapai.

DING! Bunyi pesanan masuk membuatkan hatinya dipenuhi harapan. Berharap agar orang yang ditunggunya yang mencarinya. Berharap agar Syukri Ellias menyedari kehilangannya dan mencarinya. Namun hatinya hampa apabila melihat skrin telefon bimbitnya. Dia bodoh kerana masih mengharapkan lelaki itu. Namun cinta memang mampu mencampakkan walau seorang yang genius pun ke dalam lembah kebodohan. Tambah-tambah orang dengan IQ yang sederhana sepertinya, pasti lagi mudah untuk terjunam. Dia mengeluh sebelum membaca pesanan yang dihantar oleh satu-satunya orang yang tidak pernah dikenali namun peduli tentangnya.

@135174 : Welcome back. Got you an Uber. Attached u the details too.

@NadElliani : How did you know my plane has landed? I never told you.

@135174 : I got you the ticket.

@NadElliani : Forgot bout that. Thanks for helping me.

@135174 : No sweat.

@NadElliani : Why are you helping me so much?

@135174 : Bcuz I want to claimed such a huge payment from you.

@NadElliani : When?

@135174 : Soon. Oh, and please go now. The Uber driver has been mad at me cuz she's waiting for so long.

@NadElliani : Right. GTG

Nadya memasukkan kembali telefon bimbitnya ke dalam handbag dan mecari kereta dengan details yang diberikan kepadanya tadi. Bonet belakang dibuka oleh pemandu itu dari dalam kereta membuatkan dia terpaksa memasukkan sendiri bagasi yang dibawanya. Mujurlah dia hanya memilih untuk membawa bagasi yang kecil. Setelah dia masuk ke tempat duduk penumpang di belakang, pemandu itu terus memandu tanpa bersuara. Mungkin masih marah tentang kelewatannya. Jadi dia sendiri turut memilih untuk mendiamkan diri.

Jika difikirkan balik, ke mana kereta ini akan bawanya pergi? Dia masih belum memberitahu alamat yang ingin dia tuju. Dan dia yakin bahawa teman mayanya juga tidak tahu alamat rumahnya di Malaysia. Mungkin, teman mayanya memberi alamat rumahnya sendiri kerana temannnya itu mengatakan bahawa dia akan segera menuntut bayarannya. Mungkin maksudnya di sekarang. Entahlah. Dia malas untuk memikirkannya.

DendamWhere stories live. Discover now