PB | 16

2.1K 146 40
                                    

"AKU terima nikahnya, Aisyah Humaira binti Khalid dengan mas kahwin sebanyak tiga ratus lima puluh ringgit dibayar tunai

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"AKU terima nikahnya, Aisyah Humaira binti Khalid dengan mas kahwin sebanyak tiga ratus lima puluh ringgit dibayar tunai." Tenang lafaz itu terucap di ulas bibirnya sebelum dua suara daripada pihak saksi kedengaran dan mengesahkan ijab qabul itu.

Dia menghembuskan nafas perlahan dengan hati yang mulai lega. Lega? Sememangnya lega apabila lafaz itu dapat diucap dengan lancar dengan sekali cubaan. Tetapi, mengapa ada juga satu rasa yang mulai terbeban di ruang hati dan di ruang dada? Adakah kerana dia menyedari bahawa mulai detik ini, dia akan memikul satu tanggungjawab yang besar? Bukan sahaja tanggungjawab kepada seorang isteri, tetapi juga tanggungjawab terhadap seorang anak kecil yang bakal bergelar anaknya sendiri. Dan, jikalau dia tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik, maka, dosa isteri dan anak perempuannya akan ditanggung dan dipersoalkan di akhirat kelak.

Di dalam hati, sudah berkali-kali zikrullah dan selawat ke atas Nabi SAW dilafazkan. Dia sedang cuba meredakan rasa gemuruh yang sedang mengambil alih di dalam diri. Sepotong doa dibaca oleh seorang lelaki yang bergelar jurunikah untuk keberkatan majlis pernikahan. Khusyuk dan tawadu' hatinya semasa menadah tangan dan mengaminkan doa.

Selesai sesi berdoa, dia menuju ke sebuah bilik yang terdapat di ruangan rumah bapa mertuanya dan solat sunat dua rakaat didirikan serta sujud syukur dilakukan. Setelah hampir sepuluh minit lamanya dia menghadap Allah SWT, dia kembali ke ruang tamu dengan wajah yang tampak berseri kerana air wudhu' yang diambil. Tidak menunggu lama, dia segera menuju ke arah isteri yang baru dinikahinya apabila para tetamu yang berada di situ memanggil untuk sesi 'pembatalan air sembahyang'.

Langsung sahaja dia duduk melutut berhadapan dengan isterinya dan seraut wajah ayu milik seorang Aisyah Humaira yang tertunduk bersebelahan dengan ibu dan ibu mertuanya ditatap bersama hati yang penuh debar. Debaran yang hadir kerana status wanita itu di dalam hidupnya kini. Tidak disangka bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya bersama seorang ibu tunggal beranak satu dalam keadaan ini. Harapnya dia mampulah menjadi seorang suami dan bapa yang terbaik buat anak beranak itu.

"Ini cincinnya, Am." Suara si ibu mertua yang kedengaran menyebabkan tumpuannya kepada sang isteri terganggu. Seraut wajah ayu yang ditatap sedari tadi berganti pula dengan seraut wajah milik ibu mertuanya. Wanita tua itu tersenyum manis kepadanya dan dia membalas senyuman itu seadanya sebelum sebentuk cincin di dalam kotak baldu berwarna merah diambilnya.

"Assalamualaikum..." sapanya perlahan kepada wanita yang sudah bergelar kekasih halalnya dan salam itu dijawab perlahan oleh si dia dalam tunduknya. "Izinkan saya sentuh tangan awak?" pinta Azam dengan nada suara yang cukup tenang. Berhemah.

Perlahan-lahan, Humaira menganggukkan kepalanya tanda memberi kebenaran.

Tanpa berlengah, Muhamad Azam Shah segera menarik jemari runcing yang terletak di ribaan itu dan sebentuk cincin yang dipegang sedari tadi disarungkan buat isterinya. Penuh kelembutan.

"Aira, cium tangan suami." Puan Suhaila pula yang bersuara apabila dia melihat anak dan menantunya itu seakan kekok berdua. Sangat berbeza apabila si anak bersama dengan bekas suaminya dahulu. Dia faham bahawa pasangan suami isteri itu kahwin tanpa rasa cinta di hati masing-masing. Tetapi, dia berharap akan ada suatu hari nanti yang kedua mereka akan mesra dan dapat menerima diri masing-masing dengan hati yang terbuka.

Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira [RE-PRINT]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora