Daiyan memandang ke atas,melihat
kecantikan langit yang biru dan digabungkan dengan tompokan awan yang putih bersih.Amira melihat Daiyan yang kelihatan seakan sedang berduka.Amira mendekati Daiyan dan berhasrat untuk memberi kejutan."Haa !" Amira bersuara lantang.
"Eh mak kau hijau !" Latah Daiyan.
"Kau kan memang nak kena !" Daiyan menepuk kepala Amira.
"Aduh." Amira menggosok kepalanya.
"Maaf lah,saya nak buat kejutan je ! Sebab saya tengok awak macam sedih je.Kenapa ?" Amira duduk disamping Daiyan.
"Amboi sedap je kau duduk tepi aku ni ! Tak minta izin pun !" Daiyan beralih sedikit.
"Biarlah,kenapa awak nampak sedih je ?" Amira bertanya kembali.
"Tak ada apa lah !" Daiyan bangun dari bangku.
"Kau tak payah nak kesah tentang aku,sekarang aku nak tanya kau.Apasal dengan senior-senior yang kacau kau tu ?" Daiyan memasukkan tangannya didalam kocek seluarnya.
"Abang Adyan ke ?" Amira bangun.
"Aku pun tak tahu nama dia ! Apasal ?" Soalan Daiyan berulang kembali.
"Tak ada apa lah,awak tak payah nak risau sangat !" Kata Amira.
"Risau ? Memang tak lah !" Daiyan mengalih pandangannya.
"Hrmm,jom pergi makan dekat tepi jalan tu !" Amira mengajak.
"Malas aku !" Daiyan menolak.
"Ermm ikut awak lah,saya nak pergi makan dulu !" Amira meninggalkan Daiyan.
"Pergi dengan siapa ?" Daiyan menyoal.
"Hah apadia ?" Amira berpaling selepas mendengar soalan dari Daiyan.
"Kenapa awak nak kesah ? Awak kan tak nak pergi tadi !" Amira membuat muka.
"Hah,aku tanya je kau pergi dengan siapa,bukan pelik kan !" Daiyan membalas.
"Dengan abang Adyan kot !" Amira sengaja menyebut nama tersebut.
"Abang Adyan !!!! Eiuu nak berabang-abang,jijik lah !" Daiyan berkata.
"Ikut awak lah,saya pergi dulu." Amira bergerak ke hadapan kembali.
"Tunggu !" Daiyan memanggil.
"Kalau aku tak teman dia,dia akan pergi dengan Adyan tu ! Mana boleh macam tu !" Daiyan monolog sendiri.
"Apa ?" Amira bertanya.
"Aku teman kau !" Daiyan memberikan helmet kepada Amira.
"Kenapa tiba-tiba ?" Amira sengaja bertanya.
Daiyan hanya diam seketika.Amira sudah ketawa dalam hati melihat gelagat Daiyan yang seakan cemburu akan Adyan Asyraf.
"Jom lah." Amira memakai helmetnya.
Dalam sekitar 10 minit mereka sampai di kedai itu.Pakcik kedai itu sudah mengenali Amira dan Daiyan.Dia melayani mereka dengan baik sekali.
"Kamu berdua nak makan apa ?" Pakcik itu bertanya.
"Saya nak makan mi goreng dengan teh tarik !" Amira menjawab.
"Kamu ?" Pakcik itu melihat kearah Daiyan.
"Teh tarik je lah." Daiyan memesan.
Sambil menunggu makanan mereka sampai,Amira hanya kusyuk bermain telefon sehinggakan mengabaikan Daiyan.

YOU ARE READING
DENDAM CINTA (EDITING)
Romance"Kau hanya isteri atas kertas ! Aku ingatkan kau eh perempuan sial aku takkan pernah jatuh cinta dengan kau !" - Daiyan Dzhuhaizan. "Kenapa aku harus bersama dengan dia sedangkan aku tahu yang dia takkan pernah cintakan aku ! Andaikan aku jadi perem...