Bab 20

510 66 10
                                    

🌺celebration🌺







"Jihyo.. malam tadi hyung awak pesan. Dia ajak kita pergi syarikat appa awak malam ni.. untuk sambut ulang tahun syarikat yang ke-56 tahun. Nanti kita pergi yea.." kata Sehun lalu memberikan roti yang sudah disapu dengan jem kepada Jihyo.

    Haish.. ni yang dia malas ni.. "tak payah pergilah.. awak tak ingat ke apa yang appa cakap semalam?" Kata Jihyo tak puas hati. Mulutnya terus mengunyah roti yang diberi tadi. Reaksi wajahnya jelas tak suka dengan apa yang Oh Sehun cakap.

     Sehun ketawa perlahan. Membuatkan si Jihyo berasa jengkel dengan senyuman yang diberikan oleh Sehun.. orang tengah panas ni..

     "Saya nak tackle hati appa awak. I want his blessing.." balas Sehun lalu mengusap lembut kepala Jihyo.

     Jihyo mengeluh perlahan.

     "Baiklah, encik Oh.. kita pergi."

***

Joy menghempas barang-barang Miji ke atas sofa yang empuk. Setiap kali mereka bergaduh, memang kecoh satu rumah.

    "Awak tak boleh sabar sikit ke? Miji kat depan mata ni.." kata Jungkook lalu melonggarkan tali leher yang terasa mencekik.

    "Kau tak pandai jaga anak ke? Berapa kali aku dah pesan... Aku busy faham tak?!" Balas Joy lalu menghempas beg tangan berjenamanya ke atas lantai.

    "Aku? Dah seminggu Miji duduk dengan aku tau tak?! Kau pergi mana? Aku pun ada kerjalah! Nak tanggung anak lagi. Dan sampai sekarang, aku masih lagi tanggung hidup kau tu! Bila lagi kau nak berhenti susahkan hidup aku?"

    Joy terkesima. Ini baru kali pertama  Jungkook ungkit pasal ni.

     "S-saya cuma pakai.. untuk Miji je.." jawab Joy tergagap gagap.

     "Kalau kau tak nak jaga anak, kau tak payah beranaklah.." kata Jungkook. Tapi sumpah.. perkataan itu langsung tidak bermakna yang dia benci akan Miji.

    Namun disebabkan oleh perangai Joy yang macam setan, akhirnya perkataan kasar itu meluncur keluar dari mulutmya.

    "Oppa, itu anak awak tau!" Marah Joy.

     ***

Michael duduk di sebelah Miji yang sedang teresak esak menangis. Dia mengetap bibirnya sambil berfikir lebih dalam. Budak perempuan itu masih enggan memberitahu.

    "Miji-ah.. waeraee~" rengek Michael lalu menggoyang goyangkan tubuh Miji.

     "Mike.. ooh?" Suara Oh Sehun membuatkan mereka berdua terkejut. Anak perempuan yang menangis tadi terus mengelap air matanya dari pipi.

     "Michael, apa kamu buat ni?" Marah Jihyo lalu menarik lengan Michael kasar.

     "Aunty.." suara Miji kedengaran. Tindakan Jihyo terhenti apabila Miji segera berdiri dan menarik tangan Michael.

     "Wae?" Soal Jihyo lalu memeluk anak gadis itu.

     "Mummy dengn daddy gaduh kat rumah.. Miji tak tahan.." kata Miji lalu menangis teresak esak di bahu Jihyo.. membuatkan 3 manusia itu terkaku .

Hey, Mrs. Jeon! [Jeon Jungkook]Where stories live. Discover now