22

500 50 3
                                    


   Naeun berpusing pusing dihadapan cermin dalam biliknya.

   "Cute princess Naeun", Naeun memuji dirinya.

   Jimin yang sudah siap memakai tuxedo tersengih memandang Naeun.

   "Eh eh excitednya dia. Tau la princess appa ni nak jadi flower girl kan?", ujar Jimin sambil mengikat rambut Naeun

   "Mesti la. Nanti mesti ramai orang tengok Naeun sebab Naeun comel. Nanti Naeun cakap la Naeun comel sebab appa handsome", omel Naeun

   Jimin ketawa. "Wah pandai eh. Tapi Naeun tau tak sekarang ni pukul berapa?", tanya Jimin. Matanya meleret ke arah jam loceng Naeun.

   "Appa! Kita kena datang awal la! Nanti Jennie unnie perasan yang Naeun lambat", Naeun berlari keluar dari bilik. Cekak bunga diatas meja diambil dan di letakkan di atas kepalanya.

   Jimin menutup semua suis lampu sebelum keluar dari rumah. Naeun duduk di bangku sambil menyarung kasut pink yang baru dibelinya hari itu

   "Snowball cepat sikit. Appa tinggalkan la macam ni", gurau Jimin

   "Siap. Jom!", Naeun terus memegang tangan Jimin menuju ke arah lif.

   Jimin rasa seperti ada orang yang memerhatikan dia dan Naeun. Dia cuba melihat sekeliling tapi sunyi. Naeun terus menarik tangan Jimin apabila pintu lif terbuka.

   Semasa di dalam lif, Naeun melompat lompat dan melambai lambai pada CCTV di dalam lif itu.
 
   "Ahjusshi. Comel tak Naeun? Comel kan?", tanya Naeun pada CTV disitu.

    Jimin ketawa dengan gelagat Naeun."Naeun tak malu ke?", tanya Jimin

   "Tak! Bye Ahjusshi. Naeun tau Ahjusshi boleh nampak Naeun dari kamera kecik tu", balas Naeun

   Jimin hampir menangis kerana tidak dapat menahan tawa.



    Rose menuruni tangga. Tanpa dia perasan, ade sahaja yang memerhatinya.

   "Chaeng nak pergi mana ni?", tanya appa sambil melihat Rose atas bawah.

   Rose pusing pusing di hadapan appanya. "Cantik tak?", tanya Rose pula

    Appa dia tersengih. "Cantik. Kamu dah macam budak budak pulak. Ni nak pergi mana sebenarnya? Dating ye?"

   Rose mencebik. "Apa appa ni. Harini adik kawan namjoon oppa kahwin. So, Rose nak pergi"

   Appanya mengohkan sahaja. Seungjae menuruni tangga begitu juga namjoon yang membetulkan tali lehernya.

   "Mama hensem tak jae?", tanya Seungjae

   "Hensem plus cute! Dah jom pergi. Bye appa", Rose keluar dari rumah sambil memimpin Seungjae sampai ke kereta.

   Namjoon keluar dan terkejut bila nampak Lisa disitu. Lisa lambat ke arah Namjoon.

   "Hai oppa!!", sapa Lisa teruja.

   "Lisa?"

    Lisa mengangguk laju.

    "Wah dah makin tinggi. Lis pon pergi ke majlis tu?", tanya Namjoon bila Lisa pon memakai gaun yang lebih kurang dengan Rose. Tapi lain warna.

   "Haah. Boleh kan Lis tumpang sekali? Kereta wat hal", ujar Lisa lalu mencebikkan bibirnya

   Namjoon mengangguk kecil. Lisa masuk ke dalam keretanya. Namjoon memicit kepalanya sebelum masuk ke dalam kereta. Riuh rendah dalam kereta dia bila Rose,Lisa dan Seungjae bergabung.

   Namjoon memarkingkan keretanya di parking berdekatan gereja. Belum dia sempat matikan enjin, Seungjae keluar dari perut kereta. Tiba tiba sahaja dia berlari ke arah satu kereta yang bertentangan dengan kereta Namjoon.

   "Seungjae!!", jerit mereka bertiga kerana terkejut dengan kelakuan Seungjae

   Rose keluar dan mendapatkan Seungjae.

   "Kenapa jae lari? Appa tak suruh keluar lagi kan?", ujar Rose risau.

   "Omma!"

    Rose tergamam bila Naeun dan Jimin berada disitu.

Bersambung....
  
   

   

  

 His Daughter [°jirose°] COMPLETEDWhere stories live. Discover now