CHAPTER 16

551 80 2
                                    

"Yeoni, pernah cakap kat saya yang dia akan suruh saya pilih cincin yang saya nak" Hyumi menyentuh cincin yang disarungkan ke tanganya.

Juyeon tersenyum dan dia anggukkan kepalanya sebagai jawapan.

"Cincin ni, saya yang pilih. Maknanya awak memang dah tahulah siapa saya?"

"Saya tahu sejak kali pertama saya jumpa awak kat cafe. Masa tu tak silap tahun lepas. Mula-mula saya ingatkan orang lain. Jadi saya hanya abaikan tapi bila saya lepak dengan Seungyeon hyung kat pejabat,saya ternampak perempuan sama kat cafe tu. Entahlah tiba-tiba hati saya tergerak nak tahu."

"Sejak dari haritu saya cuba tanya pasal awak. Bila tengok nama kat nametag awak sama Hyumi yang saya kenal. Awak tahu betapa bahagianya saya waktu tu."

"Kenapa awak tak pernah tegur saya pun! Saya ingatkan awak dah kahwin dengan orang lain tahu tak!" Ucap Hyumi lalu dipukulnya bahu jejaka tersebut dengan kasar.

"Bukan apa, saya just nak tengok setia mana awak dengan saya. Hehehehe sorry sayang"

Hyumi tersentak mendengar panggilan tersebut. Dia melihat jejaka dihadapannya.

"Juyeon, awak tak kisahkan kalau saya panggil awak Yeoni. Saya rindu nak sebut nama tu. 15 tahun saya tunggu, tak sangka dia betul-betul tunaikan janji dia." Senyum Hyumi.

"Antaranya?"

"Awak jadi doktor bedah yang paling handsome kat hospital yang pernah saya pergi. Lepastu awak janji akan suruh saya belikan cincin kegemaran saya dan yang paling penting"

Hyumi mendekatkan mukanya ke telinga jejaka tersebut dan membuatkan wajah Juyeon merona kemerahan.

"Yang paling penting awak kotakan janji untuk kahwin dengan saya selepas 15 tahun kita berpisah" bisik gadis itu sambil tersenyum malu.

Juyeon terus mengalihkan pandangannya kearah wanita itu dan wajah mereka bertembung. Jarak antara mereka sangat rapat. Selepas sedar akan situasi tersebut. Hyumi menjauhkan mukanya tetapi dihalang oleh Juyeon.

Jejaka tersebut lantas memberikan sebuah ciuman hangat dibibir dan dibalas oleh gadis itu.

"Ehem"

Mendengar sahaja bunyi tersebut mereka cepat-cepat menghentikan perbuatan mereka tadi.

"Amboi belum kahwin dah macam ni iya? Sabarlah, tak lama pun. Dua hari dari sekarang je lagi" ujar Hyunjae sambil tersenyum meninggalkan mereka.

Mereka berdua masih terdiam mendengar kata-kata dari mulut jejaka bernama Hyunjae itu tadi.

"Hmmm bilalah aku dapat macam tu?" Keluh jejaka tersebut lalu dia menelefon seseorang untuk melayan perasaannya sekarang ini.

"Hello sayang, ni saya Jaehyun" wajah sedih tadi tiba-tiba bertukar kegembiraan.

"Saya tak salah dengarkan?"soal Juyeon sambil menepuk-nepuk telinganya.

"Dua? Dua hari?" Ujar Hyumi sambil menunjukan dua jari ditanganya.

"Apa? Dua hari dari sekarang?" Jerit mereka berdua tidak percaya.

Hope you guys enjoy ♡

sᴛʀᴀɴɢᴇʀs《ʟᴇᴇ ᴊᴜʏᴇᴏɴ》Where stories live. Discover now