🌨 1 ツ

1.8K 196 27
                                    

♥♥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♥♥

Setiap saat, minit, jam dan hari yang aku lalui bagaikan berjalan di suatu kawasan yang gelap gelita, sunyi tanpa sebarang cahaya.

Kesunyian melanda diri. Saban hari menanti kekasih hati pulang lalu mendakap tubuhku dengan penuh rasa rindu.

Namun, apa yang aku harapkan masih jua belum berlaku.

Aku seakan tidak percaya bahawa kau tiada di sisiku selama ini. Aku rasakan ianya seperti mimpi.

Saya ada urusan kerja, sayang. Tak lama pun, cuma dua minggu je. Jangan risau, nanti saya balik dan terus peluk awak ketat-ketat!

Kata-kata kau sebelum pergi dari sini masih melekat utuh pada minda ini. Terus menunggu seperti yang kau katakan.

Waktu sudah berlalu lebih dari apa yang keluar dari mulut kau. Aku cuma risau.

Langsung tiada khabar berita tentang diri kau. Panggilan telefon tak pernah muncul, pesanan ringkas juga berakhir sebelum kau pergi dari sini. Pulang ke rumah? Sampai saat ini aku menanti.

Tapi, aku hampa.

Aku hampir berputus asa.

Kau masih tiada.

"Mana awak pergi, sayang?"

༻﹡﹡﹡﹡﹡༺

Eternal | TaehyungWhere stories live. Discover now