QUEENS

107 21 57
                                    

"Ni kadnya. Selamat datang ke Queen."

Objek berbentuk segi empat yang nipis itu bertukar tangan sebelum wanita separuh abad tadi meminta diri. Puteri hanya tersenyum nipis.

Suasana di dalam apartment luas itu dipandang sekilas. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

Tiba-tiba ada sebuah mentol menyala terang di atas kepalanya.

thehikayatputeri



***




Bilik untuk disewa.

Untuk empat orang.
PEREMPUAN SAHAJA!!
Sewa RM300 per 1 bilik sebulan.

- Terdapat 3 bilik mandi.
- Sebuah dapur.
- Setiap bilik mempunyai sebuah katil dan sebuah almari.
- Makan minum ditanggung.

Hubungi @hikayatputeri_ untuk maklumat lanjut.




***




"Barang tu semua baru je pos semalam. Sis boleh tengok balik tracking number yang saya bagi tu." Sambil berbual dengan customer, tangannya lincah mengemas pelbagai jenis pen di atas meja.

"Okey, sis. Tak ada masalah."

Setelah 15 minit berlalu akhirnya baru panggilan ditamatkan.

"Customers sekarang ni cerewet betul," keluhnya.

Aplikasi Instagram dibuka sebelum dia terlihat sesuatu.

"Menarik..." Cermin mata bulatnya dibetul-betulkan beberapa kali sebelum setiap potongan ayat-ayat yang terpapar di story itu dibaca semula.

Sebatang pensel dan sehelai sticky note diambil lalu maklumat itu dicatat.

Feareen



***



"Okay class... you guys may go home now."

Itulah ayat keramat yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak pelajar. Kepala otak sudah tepu mentafsir kehendak soalan.

Setelah memastikan semua pelajar telah pulang, guru muda itu melangkah ke arah parkir di mana terletak kereta miliknya.

Setelah enjin dihidupkan, dia cepat-cepat beredar dari situ sebelum deringan telefon bimbit menganggu fokusnya.

Earphones disambungkan.

"Assalamualaikum, ibu. Kenapa? Adik tengah drive ni."

"Tak jumpa lagilah ibu. Payah nak cari rumah sewa area ni."

"Apa? Sewa apartment? Biar betul?"

"Okey... nanti adik contact dia. Adik letak dulu ibu. Assalamualaikum."

"Rm300 satu bilik... gilalah kalau tak nak." Senyuman lebar terlakar dibibirnya.

una_dreamer



***




"Terima kasih. Datang lagi," ucapnya mesra tetapi dibalas dengan jelingan. Dengan wajah yang mencuka, si pelanggan itu memboloskan diri dari Seven Eleven ini.

"Dik, seluar koyak tu... oh ripped jeans rupanya. Nasib dia tak dengar. " Tergaru-garu kepalanya.

Seluar koyak dengan ripped jeans pun tak boleh beza. Tapi sama je. Tetap koyak dan menampakkan aurat.

Tak apa. Neraka tu luas.

Rakan sekerjanya yang sedang memeriksa tarikh luput makanan sudah terbongkok-bongkok menahan ketawa.

"Bangang-bangang je dia ni. Aduilah. Eh kau tengah cari rumah sewa kan? Dekat apartment area rumah abang aku ada tengah cari penyewa perempuan."

"Seriuslah?"

"Iya. Nanti aku send details tu."

"Terima kasih tolong aku weyh," ucapnya lalu dibalas dengan anggukan.

rez_zais



***




"Mum, dah jumpa ke belum?" tanya si anak sambil mencedok nasi ke dalam pinggan.

"Jumpa apa? Calon suami?" soal si ibu semula. Tangan sibuk mengunyah peha ayam.

"A big no! I mean rumah sewa," jawabnya lagi.

"Oh... tanya abah," katanya si ibu tenang.

"Dah jumpa. Tapi apartment." Kata-kata abahnya menarik perhatian.

"Mesti mahal." Tanpa apa-apa lagi dia sudah mengkonklusikan perbincangan ini.

"Rm300 satu bilik sebulan. Makan minum ditanggung."

Wajah abahnya terus dipandang serius.

"I want it!"

tuanhans











We are queens,
in a friendship way.

CROWNSWhere stories live. Discover now