INTERVIEW

62 11 18
                                    

CHAPTER 1

Tepat pukul sepuluh pagi, Puteri sudah bersiap-siap untuk mencari peneman hidupnya di apartment ini.

Tempat untuk interview sudah disediakan di ruang tamu. Bersebelahan dengannya, meja makan yang dapat memuatkan lapan orang itu telah ditolak ke dapur yang juga berada di sebelah ruang ini dan meninggalkan kerusi-kerusi untuk diduduki oleh calon-calon penyewa.

Berbelit-berbelit ayat aku. Tak faham buat-buat faham.

Memang typical yang high-class betullah seorang Puteri ni. Nak cari penyewa pun siap interview bagai. Sedangkan dia pun menyandang pangkat yang sama juga di sini.

Kenapa? Hanya dia saja yang tahu.

Calon pertama...

"Nur Sajat," panggil Puteri mendatar sambil menunduk membelek helaian notebook.

Kelihatan seorang 'gadis' yang berpakaian agak seksi bangun berdiri lalu melangkah ke depan Puteri.

"Sit," arah Puteri lalu dituruti dia.

"So Nur Sajat... boleh perkenalkan diri?" pintanya dalam keadaan yang masih sama.

"Nama I..." Belum sempat dia menghabiskan bicaranya, Puteri terus mendongak lantaran terdengar suara seperti seseorang tercekik halkum.

"Allahuakbar, setan mana ni?" jeritnya kuat menyebabkan Nur Sajat juga menjerit. Hampir saja Puteri terjatuh dari sofa yang didudukinya.

Alang-alang balkoni sebelah je boleh tak nak terjun terus?

"Apa ni panggil I setan?" rengeknya.

"Berambus kau dari sini sebelum aku Yassinkan kau." Tiba-tiba sahaja di tangan Puteri ada sebotol air Yassin lalu disimbah kepada Nur Sajat menyebabkan dia menggelupur.

Siap ada asap lagi. Betullah dia ni setan.

Bantuin Nabila, Ya Allah...

Calon pertama is disqualified!

***

"Nureen Sa... peah?" Kening Puteri terangkat sebelah membacakan sepotong nama ini.

"Saya," jawab si empunya nama.

Puteri mengalihkan pandangannya ke arah pemilik suara tadi lalu tersenyum nipis kepadanya. Dengan cermin mata bulat yang dikenakan, dia kelihatan sangat comel.

"Duduk." Sofa dihadapannya ditunjuk kepada gadis itu lalu diturutinya.

"Perkenalkan diri awak."

Dia menarik nafas panjang sebelum dilepaskan perlahan-lahan.

"Nama diberi Nureen Sapeah. Boleh panggil Nureen atau Fiyaa..."

'Kiranya tadi aku tak salah sebutlah nama dia?' bisik hati Puteri.

"Tapi ramai kenal saya sebagai Miss Vouge. Itu panggilan yang terkini." Matanya dikenyitkan sebelah sambil dia berdecit halus.

'Dia punya confident macam promoter barang dekat mall. Aku syak dia budak bisnes.' Sekali lagi hati Puteri berbicara.

Puteri mengangguk sekali lalu mengarahkan Nureen untuk menyambung.

"Umur saya 24 tahun dan student di UM, ambil bahagian medic tapi ada buat business online sebagai side income," jelasnya lagi.

'Aku dah agak dah dia budak bisnes.' Kepala Puteri tergeleng kecil sambil tersenyum lebar. Tangannya pula mencatat sesuatu di buku nota.

"Kenapa nak menyewa dekat sini?" Soalan seterusnya diutarakan.

CROWNSWhere stories live. Discover now