SEVEN

34 6 107
                                    

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

“when escaping is not a choice, challenging becomes an option

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“when escaping is not a choice, challenging becomes an option.”

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
CHAPTER 7: BERITA


Berikut dengan berita seterusnya mengenai kehilangan lima orang gadis yang berada dalam lingkungan umur awal dewasa dan remaja yang sudah hampir seminggu. Dimaklumkan kepada semua berjaga-jaga dengan kes kehilangan ini. Jika ada maklumat tentang mangsa-mangsa ini, mohon hubungi nombor yang tertera di skrin.”

Sebaik sahaja penyampai berita tersebut menutup bicara, omma Hae Yeon langsung tidak merasakan kakinya lalu rebah terduduk di atas sofa. Dia menangis buat kali keberapa sejak kehilangan Hae Yeon. Tuan Lee menggosok belakang Puan Lee untuk menenangkannya walaupun dia juga turut risau.

“Dia merajuk sebab aku curi duit dia untuk bulan ni ke?” Tapak kasut Kangmin mengetuk-ngetuk lantai gaya orang cemas. Lelaki itu berbelah bahagi sama ada dia patut memberitahu keluarga mereka. Sudah pasti, mereka belum tahu kerana urusan mereka sentiasa di luar negara.

“Yeobo, saya risau la anak kita. Kalau dia dah takde macam mana?ㅡ” “Eh, awak ni. Mungkin dia pergi kaji alam lagilah tu. Anak awak kan takkan balik sampai dia dapat apa dia nak.” petah sahaja Tuan Kim berkata dan langsung tidak kelihatan rasa gusar pada riak wajahnya.

Puan Kim mencebik sambil berbisik. “Bukan dia yang beranak memanglah senang cakap.”

BBAM! Hae Sung iaitu abang Hae Rin menghentak meja dan meraup wajahnya dengan penuh rasa tertekan. Sudah berapa pengawal dihantarnya untuk mencari adik bongsunya itu tetapi tiada jejak. Malah, kali terakhir rakan sekolahnya melihat gadis itu ialah di sekolah.

Dia tidak tahu apa lagi yang dia patut buat. Selamatkah lagi adiknya itu?

Seungyoun membuka lampu apartment yang dimiliki olehnya dan Minjung. Dia mengeluh sebelum menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Bau rokok yang sentiasa menyapanya sebelum ini semakin hilang. Begitu juga adiknya.

‘Aku janji aku takkan persoal lagi kenapa kau merokok, Minjung-ah. Baliklah dekat oppa.’ getus hati Seungyoun dengan penuh kesal. Jejaka itu menyalahkan dirinya atas kehilangan Minjung.

Tuan Han menutup siaran berita yang dimainkan di televisyen dan mengerling sejenak ke arah anaknya, Han Sophia yang terlantar di atas katil bilik swasta Hospital Seoul. Sudah masuk seminggu juga anak gadisnya itu tidak menyedarkan diri. Dia disahkan koma kerana hentakan yang terlalu kuat semasa dilanggar oleh sebuah kenderaan.

“Saya harap anak kita cepat pulih...” ujar Puan Han sambil mengusap rambut Sophia yang lena tidur. Suaminya memeluk pinggang Puan Han dari belakang dan mengangguk kecil.

“Woah, tempat ni boleh tahan cantik walaupun agak sempit ruang dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Woah, tempat ni boleh tahan cantik walaupun agak sempit ruang dia.” kata Beomgyu, kakinya bersila di atas lantai kayu di rumah yang mereka tumpang. 

Minjung dan Kyungmin mengangguk serentak bersetuju dengan Beomyu buat kali pertama. Bukan apa, rumah mereka di alam lain jauh lebih besar daripada ini. Walaupun begitu, mereka tidak merengek kerana pengalaman baru juga satu perkara menyeronokkan.

“Korang lapar tak?” soal Tiara sambil menuju ke dapur.

Mereka semua terangguk-angguk ibarat ada spring pada tengkuk.

“Tiara nak masak ke? Kalau Tiara nak masak, Kyungmin boleh tolong!”

Gadis itu tersenyum dengan rasa terima kasih terhadap Kyungmin. Nasib ada juga yang sukarela nak hulur tangan. Maka mereka berdua mulalah geledah apa sahaja yang terdapat di dalam dapur itu. Banyak perkakas yang mereka tidak biasa melihat tetapi mujur Jeongin menolong serba sedikit.

Beomgyu dan Minjung pula? Beomgyu pada awalnya membuta diri sahaja tetapi Kyungmin terus mencubit lelaki itu dan menyuruhnya membersihkan ruang tamu. Minjung pula berehat kerana kakinya masih sakit.

“Korang tak nampak macam datang dari sini..” kata Jeongin, tangannya cekap mengasah pisau.

Tiara terdiam. Kyungmin tergelak kekok.

“Apa maksud Jeongin?”

“Bukan ke Kyungmin-ssi seorang puteri? Tiara-ssi, awak nampak macam biasa dengan tempat ni tapi kalau awak dah biasa masuk dapur, patutnya alatan dapur ni awak dah biasa tengokㅡ ah! tapi Jeongin minta maaf kalau Jeongin tersalah cakap.”

“Betullah tu.” Malas menyimpan lagi perkara itu, Tiara hanya jujur.

“Huh?” tangan Jeongin secara refleks berhenti mengasah pisau. Kyungmin sudah berpeluh cemas.

“Kami perlu kembali ke tempat asal kami. Jeongin-ssi, awak boleh tolong?” ujar Tiara, tangannya yang cekap memotong sesuatu sebentar tadi berhenti dan dia memandang ke arah Jeongin.

“Aduh duh duh, sakitnya kepala akuu.” rengek Hae Yeon sambil memegang kepalanya yang berdenyut kuat. Sophia terus menghampiri gadis itu.

“Kau okay?” soal gadis itu.

Mata Hae Yeon membulat sebelum menjauhkan diri. “K-kau siapa?!”

“Ah, nama aku Sophia. Kejap, jangan bergerak.” Sophia tersenyum suam. Dia merapatkan telapak tangannya pada kepala Hae Yeon.

“Dah okay?” Hae Yeon mengangguk, terpegun apabila sakit kepalanya secara tiba-tiba hilang. Sebaik sahaja diubati baru dia sedari bahawa Hae Rin, Hae Joo dan Hyunjin juga bersamanya.

“Kawan kau mungkin akan sedar lepasni. Luka dorang agak dalam tapi aku dah rawat. Kau makanlah dulu, aku ada bakar ikan.” Sophia memberi penerangan lalu menunding jarinya pada unggun api.

Re:Unite! | AF (CLOSED)Where stories live. Discover now