2

23 0 0
                                    

┌────── ⋆⋅✦⋅⋆ ──────┐
"He's not perfect but
he's all i want."
└────── ⋆⋅✦⋅⋆ ──────┘

HABIS sahaja kelas, aku terus ke tandas. Perut buat hal lah pula. Betty aku suruh tunggu di kereta bersama De Divas yang lain. Kami merancang untuk kerumahku. Movie night dan pillow talk, oh such a heaven! Dah lama tak luangkan masa dengan mereka.

Selepas beberapa minit, aku ke sinki yang terletak di sebelah pintu tandas untuk membasuh tangan dan mengemaskan rambut. Lampu tiba-tiba tertutup.

Nasib baik tak gelap sangat, sebab ada sumber cahaya matahari dari tepi bumbung yang terbuka sedikit.

Aku berjalan ke arah pintu, telefon bimbit di dalam tote bag aku cari.. alamak. Aku sudah menyuruh Betty membawa tote bag aku tadi! Aduh.

Pintu aku cuba untuk buka, aik?

Pintu berkunci.. dari luar?

Huh. Mesti ada yang nak kenakan aku ni.

Aku bersandar di tepi pintu, berharap ada yang nak terkucil dan terkocoh masuk ke tandas. Tapi sekarang dah pukul 3.. kebanyakan kelas sudah habis, kecuali pelajar semester akhir yang ada kelas tambahan..

Iskandar?

Takkan nak harapkan Iskandar pula? Dia lelaki.

Amelia? Amelia yelah, mungkin dia akan gunakan tandas.

Aduh.

Aku duduk di atas sinki tandas.

Hujan lebat kedengaran diluar. Sejuklah pula. Jam ditangan aku tilik. Dah pukul 3:57 bermakna dah hampir sejam aku didalam rumah syaitan ni?

Tiada pula De Divas yang cari aku ditandas. Aduh! Sampai hati. Aku menggigil kesejukan. Tak tahu pula akan terperangkap dalam tandas semasa hujan lebat macam ni. Kalau tahu, aku takkan ke tandas!


————————————————————


BELLA mengeluh. "Apa Ulya ni? Kita dah lama kut tak lepak rumah dia.. apa je yang lagi penting dari kita yang dia kena uruskan sangat tu?" Tas tangan berjenama Gucci dihempas kasar ke atas sofa.

"Mungkin hal keluarga kut? Alah takpelah.. kan dia dah janji esok"

Nayrana cuba untuk berfikiran positif. Walhal hati dia pun ragu-ragu juga atas tindakan Ulya yang secara tiba-tiba tu.

Dahlah suruh pelajar junior nerd yang tolong sampaikan. Bukannya dia nak chat atau call sendiri.

Teringat balik keadaan semasa di parkir kereta tadi.

"Hi. De Divas kan?" Seorang pelajar lelaki yang memakai cermin mata petak, baju kameja berkolar, seluar jean berwarna biru muda sambil menggalas beg menegur mereka.

Mereka angguk sambil berpandangan sesama sendiri.

"Uhm saya Irsyad. Saya nak bawa pesanan Ulya Mikayla. Katanya, dia dah balik. Dia minta maaf sebab pasal plan korang tu. Tapi dia dah janji esok mesti on!"

Adios Where stories live. Discover now