Buat kau sendiri

189 11 5
                                    

Kita akan sentiasa merasa tentang ada dan tiada
Yang semalam memeluk kita
Hari ini bahkan bersentuh bahu tetapi jauh
Kita akan merasakan sendirian dan ketiadaan
Malam-malam cuma ada denting kipas yang sudah berhabuk lama tak kita sentuh
Juga kenangan yang selalu memerangkap jarang pada yang enak-enak
Kesunyian boleh jadi teman
Atau musuh dalam selimut
Ada waktu kita hipokratis
"Eh tak apa aku senang sendiri"
Walau sebenarnya kau sedang berdiri dalam kotak batu bisu berseorangan menjerit
"Mana riuh?! Sudah tidak mengetuk pintu mana pergi semuanya ketawa dan teman mesra?!"
Dengan tanpa suara
Kau melihat gebarmu yang renyuk
Bantalmu yang masih belum kering
Alas tidur mu lunyai
Meneman malam kau yang berjaga tanpa tidur kerana memikirkan
Adakah benar kau senang begini
Mungkin isolasi adalah hukum atau hadiah kerana kau buat mereka percaya
"Tak apa biar aku pilih sendiri".
——————

P/s : Buat pembaca
Tak ada siapa perlu dibiar sendiri. Saat kau rasa ditinggalakan dan tak punya siapa, datanglah ke mari, baca puisi dan sajak aku tulis biar kau berteman. Simpan ini, tak ada siapa layak untuk sendiri cuma mungkin, Tuhan mengajar kita berteman sendirian. Tak apa. Aku tahu itu hal sedih ada ketikanya. Aku menjalani sejak awal dewasaku di awal depuluh dengan semuanya cuma aku. Aku jatuh berkali-kali. Dengan ketinggian beda. Ada ketikanya dunia aku gelap dan aku tak mahu apa-apa lagi kecuali tutup mata. Dan hari berlalu begitu juga waktu gelapku. Sekarang sudah kelabu sudah lebih cerah tak seperti dulu. Ada waktu mendung, ada ketika malap. Namun percayalah, yang tak membunuhmu akan membuatmu kuat untuk sehari lagi. Kau tak perlu fikirkan hidup yang jauh atau masa yang panjang. Cukup hari ini sehingga lewat malam. Kemudian tidurlah dan lupakan tentang hari esok mahupun semalam. Jika bersamamu ketika itu cuma tubir mata yang basah, tepuk bahumu dan bilang "Tahniah, kerana bertahan. Kau adalah pejuang dan medanmu adalah hari yang akan kau kenang.". Jika itu masih tidak cukup, baca tulisan ku sampai habis. Tahniah, kau pejuang. Di sini aku yang jauh mungkin tak kau kenali sedang menepuk bahumu dengan senyum lebar bangga, kau membaca kata-kata ku sehingga habis dan tahu yang jika sudah tiada sesiapa lagi, aku di sini ada menghargai kewujudanmu membaca aksaraku di saat mungkin kau sudah terlalu letih dengan semuanya.

Berehatlah wahai kau yang selalu sendiri.
Jika malam mu terlalu sunyi kembalilah
Tulisan ku yang tidak sempurna ini menanti untuk meneman.

Jangan percaya jika mereka kata kau keseorangan.
Aku dan kata-kataku ada
Bertahanlah, untuk hari ini saja.

(Satu pelukan jauh dari aku, bukan sesiapa)

Diari depresiWhere stories live. Discover now