[S1] Fatihah 🌙

581 113 57
                                    


" AJU NAIS TRET TRET TET TET TET- " fuh harini aku sungguh bersemangat untuk menari lagu Sebongs. Selalu kemurungan je sebab kerja huahua.

Tapi baru sekejap aku bergembira, tiba-tiba..

KUK!!

" SAKIT BODO. ABANG JENIS APA KAU NI?! "

" HABIS KAU TU ADIK JENIS APA?! MEMEKAK LAGU KPOP TAK HABIS-HABIS! "

" Engko layan rock aku tak kacau pun, bang! Eii aku ganyang kejap lagi. "

" Eh rock itu best! Dari Kpop kau yang entah apa-apa tu. CHING CHONG CHING CHONG "

" BACOT LO NAZMI "

" DIAM FATIHAH "

" Tak, cerita dia sekarang ni...asal kau terjah masuk bilik aku hah wahai Encik Muhammad Nazmi? Sebelum aku meletup, dipersilakan keluar ok! "

" Ok boomer. Aku keluar dulu. Nak video call dengan girlfriend....

...oh ya, FATIHAH NOOB! HAHAHA SINGLE! "


Wow.

Kenapa manusia selancau ini boleh jadi abang kandung aku?

Wahai ibu, sila katakan si Nazmi tu cumalah anak angkat...

Eh tibe.

Oh ya. Nama yang diberi mak bapak aku adalah Fatihah. And, aku masih single kerana hatiku hanyalah untuk Seventeen eheks.

Dan yang lahanat tu, Nazmi. Abang aku.

Aku memang sayang dia tapi perangainya sungguh hanat jadi aku benci dia. Tapi sikit jelah.

++++++

" Fatihah. "

" Iyo mak? "

" Mak nak tanya ni, bilalah kamu nak ada boyfriend? Asyik-asyik layan Kpop je. "

" Wow wow wow mak, let me explain. "

" Silakan. "

" First, saya ni baru 22 tahun. Rilek mak. Baik mak suruh si Nazmi tu je kahwin dengan girlfriend dia yang gedik nauzubillah tu. Second, saya dah banyak kali kena reject. Dan akhir sekali, saya nak kahwin dengan salah satu member Seventeen hehe~ "

KUK!!!

" Aduh..mak ni kenapa? Tadi si Nazmi dah ketuk kepala saya, sekarang ni mak pulak? Kepala saya ni nampak macam dram ke? "

" Kamu jangan nak merepek ya Fatihah! Diaorang tu bukan Islam. Tak sunat pulak tu! Macam tu kamu nak buat laki? "

" Mana mak tahu diaorang belum sunat? Mak ada check bahagian bawah tu ke? "

" Kamu ni kalau melawan memang handal betul ya. "

" Ini Fatihah ok-- "

Semasa aku dan mak aku sedang berbual, tiba-tiba Nazmi datang menyelit.

" Wahai ibuku, bolehkah seketul Nazmi ini mengeluarkan diri dari rumah untuk bertemu janji bersama teman wanitaku? "

" Keluar jelah. Ada mak kisah? "

" Terima kasih ibuku~ hai sayang bucuk bucuk, mak i dah kasi keluar. Nanti tunggu i kat depan bus stop okayyyy? i love you baby muah muah muah! "

Selepas Nazmi keluar,

Mak pandang aku,
Aku pandang mak.

Mak hanya mampu berkata,

" Geli sial. Aku dengan bapak kau dulu pun tak macam tu sia. "

Engko tengok, mak aku sampai mencarut dibuatnya.



++++++

Yoooo!!! First time sia aku tulis ff guna nama melayu HAHAHAHA SUMPAH JANGGAL GILER.

𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.Where stories live. Discover now