Ep 5

346 39 12
                                    

"Apalah nasib diriku yang malang.. Ohh tuhan~"

"hah!! Macam mana? Sedap tidur kat luar?" soal seonghwa sambil mencekak pinggangnya.

San dan wooyoung berpelukan sesama sendiri sambil menitiskan air mata yang mengandungi seribu penyesalan.

"Mommy hwa!! I wanna sleep"

"Omma hwa!! Jongho nak syusyu!!"

"ohh.. Korang berdua menganjing kitorang ehh.. Tak apa- tak apa.. Kau tunggu nasib kau!" hati Wooyoung dan san sudah mula panas bak gunung berapi yang hendak meletup.

"Ada aku kesah?!" Jongho mengejek wooyoung dan san lalu menutup pintu dengan kuat.

"ciss! Tak guna punya chipanzi!"

"Sabar san sabar. Hari ni dia boleh gelak kan kita. Tapi esok jangan harap dia boleh gelakkan kita." wooyoung tersenyum sinis.

"Kau nak buat apa dengan budak chipanzi tu?"

"Adalah. Tapi aku akan pastikan dia pupus dari dunia ni. Aku dari dulu memang dendam dengan mamat chipanzi tu."

"Aik? Kau berdendam dengan dia? Sejak bila? Asal aku tak tahu benda ni?"

"Memanglah kau tak tahu. Dah kau asyik tolong bapak kau perah santan je. Tu pasal bila dah besar kuat perasan."

"Amboi mulut hang. Apa kaitan hal ni dengan aku tolong bapak aku perah santan hah? Suka hati aku lah nak kuat perasan ke tidak. Yang penting aku ni selalu beautiful." san mula bangga diri.

"oi santan kelapa parut, beautiful tu untuk perempuan. Patutnya handsome. Nama je pelajar genius english. Tapi tak tau beza beautiful dengan handsome."

"Whatever!! Dah lah aku nak tidur."

San meletakkan kepalanya lalu menarik selimut untuk membaluti badannya daripada kedinginan begitu juga dengan wooyoung.

Baru saja mereka hendak melelapkan mata, tiba-tiba mereka telah dikejutkan dengan bunyi aneh yang datang entah dari mana.

"San!! Kau dengar tak apa yang aku dengar?"

"Dengar. Tapi mak aku cakap kalau dengar benda bukan-bukan masa tengah-tengah malam cam ni jangan ditegur."

"oh. Ok ok.."

Mereka berdua cuba melelapkan mata namun usaha mereka gagal. Bunyi aneh itu semakin lama semakin rancak.

"Wooyoung. Malam ni malam apa?"

"Malam ni malam juma~ Alamak!! Malam jumaat lah pulak. Habis lah!!"

Wooyoung dan san berpelukan sesama sendiri sambil memejamkan mata serapat-rapatnya.

"ya allah ya tuhanku. Kau ampunkan lah dosa hambamu yang kacak lagikan menawan ini. Kau jauhkan lah syaiton nirojim yang ingin mengganggu hamba mu ini.. Kau suruhkan syaitan tu pergi kacau si senah kat dalam tu. Kalau syaitan tu pontianak, kau suruh lah dia cakar muka si senah tu sampai jadi hodoh. Kalau syaitan tu orang minyak, kau suruh lah dia kacau-kacau si senah tu. Jangan dirogol si senah tu. Nanti perut dia buncit kang tak pasal-pasal aku pulak yang jadi pak sanggup sebab nak tutup aib si senah tu." San berdoa panjang lebar sepanjang malam.

Wooyoung yang berada di sebelah san sudah lama lena dibuai mimpi-mimpi yang indah.

Bersambung..

[OG] Kampung Boy <AteeZ>Where stories live. Discover now