Banding

288 30 22
                                    

Kembar tidak suka dibandingkan oleh orang yang memuji. Terasa diri si sang kembar yang dibandingkan dengan kembarnya yang mempunyai lebih keistimewaan daripadanya.

Seperti perbandingan adik-beradik juga tetapi lebih kepada tahap membezakan kekurangan si kembar yang dibandingkan.

Hal ini boleh menyebabkan si mangsa berasa tidak disayangi dan kemungkinan berisiko merenggangkan hubungan antara kembar.

Bagi mengelakkan hal ini terjadi, janganlah sesekali membandingkan mereka kerana apabila kita berbuat sedemikian maka kita telah melagakan mereka dan membuatkan mereka terus bersyak wasangka antara satu sama lain.

Bila dapat dielakkan, maka hidup bahagialah si kembar itu. hehe..

Pengalaman:
Pernahlah juga kena. Tapi apa-apa pun, kita mesti bersabar dengan mulut orang yang sebegitu rupa. Walaupun hati dah membara, tapi ingatlah ramai orang lagi masih sayangkan anda.Okeh..

Hmm..kadang-kadang mereka pun tak perasan dengan percakapan mereka. Jadi, apa kata kita memaafkan kesalahan mereka ya..

♡Fakta Kembar♡Onde histórias criam vida. Descubra agora