BAB 3

115 12 0
                                    

[Dari kecewa, aku belajar untuk bangkit. Dari luka, aku belajar untuk lebih berwaspada. Dari ujian, aku belajar erti kekuatan.]



LANGIT gelap yang dipenuhi bintang berkelipan di tenung dalam. Dia tersenyum apabila angin malam datang menyapanya.

Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar pendek. Lapang dadanya kini. Pen merah di atas meja di ambil dan dipusing. Buku anak muridnya dipandang. Susah juga menjadi guru.

Kedua tangan dibawa ke belakang kepala mendongak langit malam. Balkoni yang luas itu memudahkan dirinya untuk mendongak langit. Sejenak, dia memandang ke dalam bilik melihat wajah cantik isterinya yang sedang tidur di atas katil.

Rambut diraupkan ke belakang.

Wajah merah Qaseh dipandang dari jauh. Semerta, telefon yang berada di atas meja dicapai. Dia memandang wajahnya di skrin gelap telefonnya. Buku yang bersepah tadi dikemas. Sliding door ditutup rapat. Buku yang dikemas tadi diletakkan ke atas meja di sebelah tempat Qaseh beradu.

Wajah Qaseh diusap sayang. Kasih sayangnya terhadap wanita ini tidak akan pernah terpadam. Biarpun dia tahu, hanya dia memendam rasa itu, tapi tidak mengapa.

Tangan dibawa mengelus lembut ke pipi mulus itu. Dahi Qaseh yang berkerut dikucup sekilas.

"Aku minta maaf. Aku paksa kau kahwin dengan aku. Aku ikut suka hati aku. Aku tak fikir perasaan orang lain. Kau pun tahu kan yang aku suka kau sejak ayah aku kerja dengan Walid lagi. Sejak kecil, Qaseh." Nafas dihembus.

Qaseh yang baru tersedar akibat Raid tersenyum sinis. Dengan pantas dia membuka kelopak matanya.

Raid yang sedang ralit merenung terus menarik tangannya dari menyentuh wajah cantik Qaseh.

Qaseh bangun dari pembaringan. Rambut panjang mengurainya diikat menjadi sanggul. Dia bangun dari katil tanpa menghiraukan Raid.

"Kau nak apa lagi?" ujar Qaseh dengan suara yang sengaja diketapkan.

Raid melepaskan tangan Qaseh. Tangan Qaseh ditarik dan dibawa ke katil. Mereka melabuhkan duduk walaupun Qaseh merengus tidak puas hati.

"Kenapa awak minum?" soal Raid memulakan bicara.

Qaseh kemam bibir. Rasa malu akibat terkantoi meneguk air syaitan di pejabatnya. Rambut diselitkan ke tepi telinga. Dia berdehem sedikit membetulkan anak tekak yang terketar. Takut mungkin?

"Suka hati aku la nak minum ke, nak kunyah ke. Susahkan kau ke?"

Raid mengeluh. "Susah ke tak susah ke, benda tu haram Qaseh Uqasha. Awak tu islam. Islam dah ajar, minum arak tu haram. Berdosa Qaseh."

Qaseh berdecit. "Kau kalau bab dosa jangan sebut depan aku boleh tak? Aku rimas lah. Kau cakap macam kau ni malaikat je." nada dikawal sebaik mungkin.

Raid terdiam. Memang setiap kali jika mereka berbalah mulut, pasti isterinya yang akan menang. Dia? Jarang sekali. Kerana bagi wanita itu, hanya dia seorang yang betul.

"Ok. Tapi saya nak tahu, berapa banyak kali dah awak minum air tu?" Raid bertanya. Di dalam hatinya berharap, agar ini merupakan pertama kali isterinya meneguk air haram itu.

Penyesalan Tanpa Noktah Where stories live. Discover now