06

98 23 9
                                    

3 Bulan kemuadian...

Minsa meneruskan kehidupannya seperti sedia kala cuma kali ini dirinya tidak lagi diganggu dengan mimpi-mimpi buruk itu dan kehadiran lelaki yang bernama 'Kim Taehyung'.

Dia sendiri pun hairan kenapa mimpi buruk dan lelaki itu tidak menghantui dirinya lagi. Adakah itu cuma mimpi semata-mata kerana disebabkan dirinya letih dan tekanan seperti mana Hoseok katakan kepadanya?

Dia bersyukur kerana tidak lagi dalam ketakutan untuk melelapkan matanya pada waktu malam. Tetapi dia dapat merasakan seseorang memerhatikannya dari jarak jauh. Ara hanya abaikan kerana mungkin itu hanya perasaannya saja.

Harini dia tidak pergi kerja kerana Jungkook menyuruhnya bercuti untuk menenangkan fikiran. Jadi Ara memilih untuk bercuti di pulau Jeju seorang diri.

"Huawaa....bestnya dapat bercuti dekat sini."kata Ara sambil mendepakan tangannya apabila keluar dari kapal terbang lalu menghirup udara segar disitu.

Sedang Ara menunggu taxi, tiba-tiba ada seseorang lelaki merempuh tubuhnya dari arah belakang. Habis terpelanting beg rodanya. Ara juga hampir saja jatuh tetapi nasib lelaki itu sempat menyambut tubuhnya daripada jatuh.

Lelaki itu terpegun melihat kecantikan yang dimiliki oleh Ara. Begitu jugak dengan Ara yang terleka melihat kekacakan yang di miliki lelaki itu. Mereka bertentang mata seketika.

"Erhem...Awak ok? Saya mintak maaf sangat-sangat. Saya betul-betul tak nampak awak tadi sebab saya nak cepat. Awak ada luka dekat mana-mana?"lelaki berdehem lalu menyoal keadaan Ara dengan begitu risaunya dan mereka masih lagi berpelukkan.

Ara yang mendengar lelaki itu berdehem terus meleraikan pelukkan itu.

"Errr....tak apa. Sa-saya ok. Tak ada cedera dekat mana pun."kata Ara lalu membetulkan rambutnya yang sedikit kusut.

"Fuhhh....lega awak tak ada cedera dekat mana-mana. By the way nama saya Kim Seok Jin. Panggil saya Jin. Nama awak apa?"soal Jin kepada Ara lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Ara.

"Ouh...Nama saya Cho Ara. Awak boleh panggil saya Ara. Nice to meet you Jin."kata Ara lalu menyambut huluran Jin.

"Nice to meet you too Ara. Nah beg awak. Nasib baik beg roda awak tak rosak."kata Jin dan menghulurkan beg roda itu kepada Ara.

"Errr....terima kasih. Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu ya. Bye."kata Ara lalu pergi dari situ lalu melambai ke arah Jin tanda selamat tinggal.

"Hmm....cantiknya dia. Kenapa hati aku berdegup laju bila tengok wajah dia? I think I like her. Aku harap kita akan berjumpa lagi."kata Jin sambil melihat tubuh gadis itu sedikit demi sedikit menghilang lalu tersenyum suka.

Setelah sampai di hotel yang sudah ditempahinya sebelum datang ke sini lagi, Ara berjalan ke arah kaunter pertanyaan untuk menyemak tempahan biliknya.

"Hi. Selamat datang ke Bustana Hotel. Ada apa yang saya boleh bantu Cik?"sambut pekerja perempuan hotel itu dengan mesra kepada Ara.

"Ouh ya, saya ada buat tempahan bilik seminggu yang lepas. Jadi saya nak daftar masuk harini."kata ara kepada pekerja perempuan itu sambil menayangkan senyuman manis.

"Boleh saya tahu nama Cik?"tanya pekerja perempuan itu.

"Nama saya Cho Ara."jawab Ara.

Pekerja perempuan itu menekan-nekan papan kunci itu mencari nama Ara.

MIMPIDonde viven las historias. Descúbrelo ahora