Misi: Paradox

292 15 0
                                    

Ali duduk di atas bumbung menara akademi MATA ini sambil mendongak memandang ke arah langit yang membiru. Loket yang tergantung dilehernya ditanggalkan lalu di buka.

Dalam loket bahagia kiri terpampar gambar dia sedang tersenyum bahagia bersama keluarganya. Manakala sebelah kanan pula terpampar gambar dia bersama kakaknya,Alyna ketika mereka sedang mengecat rumah. Ali memejam rapat matanya sambil mengengam erat loket yang kini sudah berada ditangannya.

"Kenapa kau muncul lagi di sini??!!" Teriak Ali sambil mencampak loket itu jauh dari pandangan matanya. Dadanya berombak kencang. Rambutnya diramas sehingga serabai.

Dari kejauhan,Alyna terlihat loket yang dicampak oleh Ali tadi lantas terus sahaja mengutipnya. Dia membuka loket itu lalu melihat gambar didalamnya. Air matanya bertakung ditubir mata pantas diseka.

"Kenapa kau muncul sekarang,Alyna? Aku baru saja nak hapuskan memori kau dalam minda aku!!" Amuk Ali sendirian.

"Ali.." ucap Alyna perlahan. Ali memandangnya tajam. Belum sempat Ali hendak menghamburkan kata kata,satu pengunguman sudah kedengaran ditelinga Ali.

"Perhatian kepada semua Ali dari teras tekno,sila laporkan diri anda ke arena segera."

Pengunguman itu membuatkan Ali merengus kasar. Dia terus sahaja turun dari bumbung menara dan menuju ke arena.

Sebaik sahaja Ali tiba di arena,terlihat semua 12 ejen muda yang lainnya sudah berada disana bersama dengan Ejen Leon,Ejen Geetha,Ejen Karya,Ejen Bakar serta...

General dan ketua teras!

"Terima kasih kerana kamu sudi hadir untuk panggilan misi kali ini,Ali dan..selamat kembali." Ucap Ejen Dayang kepada Ali.

Ali hanya beriak biasa dan tiada sedikit senyuman pun di wajahnya membuatkan semua mentor memandang tepat ke arah Ejen Bakar. Ejen Bakar hanya mampu tersenyum nipis sambil menggeleng kepalanya.

"Tentu kamu semua sudah tahu tentang seorang saintis serta pakar teknologi di Cyberaya telah diculik oleh agensi gelap Dr.Tong?" Ujar Ejen Dayang memulakan taklimat awal mengenai misi baru mereka.

Semua para ejen muda hanya mengangguk dengan kenyataan  itu menyatakan bahawa mereka mengetahui tentang berita itu kecuali Ali.

"Kami sudah mengenal pasti identiti saintis itu." Sambung Ejen Ganz sambil menunjukkan sebuah hologram data mengenai saintis yang sudah diculik itu.

Melihat kepada pancaran hologram itu membuatkan semua ejen muda terpana dan hilang kata kata.

"Ini bukankah..." kata kata Khai dipotong oleh General Rama.

"Betul. Dia ialah Dr.Vinod,dia merupakan seorang saintis dalam bidang teknologi dan merupakan orang yang paling rapat dengan Dato' Othman."

"Dia juga adalah orang yang paling banyak menyimpan rahsia Cyberaya selain dari agensi MATA." Sambung Alicia.

"Betul." General Rama mengiyakan kata kata Alicia tadi.

Ali menghela nafasnya perlahan. Jelas sekali reaksinya menunjukkan bahawa dia sudah bosan. Seolah olah dia tidak punya hati untuk menjalankan misi ini.

"Kami sudah mengesan jejak Dr.Vinod. Dia berada di sebuah pulau yang terletak di barat Cyberaya." Sambung Ejen Geetha lagi. Kini dia menunjukkan pula hologram yang memaparkan sebuah pulau terpencil yang terletak di barat Cyberaya.

"Wuuu...nampak macam seramlah pulau tu." Komen Moon.

"Memang! Tujuan Dr.Vinod dibawa ke pulau itu adalah kerana paradox." Kata Ejen Leon yang berdiam diri dari tadi.

YUJO NO CHIKARATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang