22

153 10 0
                                    

*Jungkook Pov💜
#Rooftop

Sudah 10 minit berlalu, tapi kelibat Tzuyu langsung tak ada apatah lagi bayang² dia.

Takkan lah dia lupa?

Ataupun dia sengaja tak nak jumpa aku?

Mengarut je kau ni Kook, couple pun tak. Tapi ada hati nak menunjuk² depan VMin ni yang korang berdua dah okay.

"kau pahal termenung jauh ni Kook?" tegur Jimin hyung kat sebelah aku ni.

"aniyo? Tapi aku dah suruh Tzuyu rehat sama² ngan kita, dia kata okay tapi tak ada pun datang." aku pun buat muka monyok depan mereka.

"tch, kau ingat dia nak datang ke? Nampak sangat lah Kook, diorang tak nak sebab takut nak jadi slave balik." kata V hyung, aku cuba berfikir.

Ada betul juga apa yang V hyung cakapkan tu.

"dah, jom balik kelas. Loceng dah bunyi tu, kang saem Jaesuk datang lebih awal." ajak Jimin hyung dan terus kitorang blah.

~skip~

*Jimin Pov💕

Sepanjang masa pembelajaran, aku perasan si Mina, Sana ngan Tzuyu ni senyap je.

Tak tahu lah kenapa, tapi aku rasa diorang ni tengah ada masalah.

"woii Mina, kau okay tak ni?" soalku, sebagai future husband kenalah risau pasal future wife en?

"aku okay, tak payah risau pasal aku." seperti biasa, dia akan jawab acuh tak acuh dengan muka tak ada perasaan langsung.

"nak tak kalau kau ikut aku pergi makan tteobokki? Aku dengar ada pesta kat bandar so banyak gerai kat jalan dibuka." ajakku, sampai bila lah aku ngan dia nak jadi dingin ni?

"tak. nak." jawabnya tanpa toleh memandang muka aku yang cute ni.

"alah, jom lah. Tak yah risau, nanti aku belanja kau. Pilih je apa yang kau nak." aku masih tak nak mengalah.

"tak faham bahasa ke? Aku kata tak nak kan?" marahya, nasib dia tak kuatkan suara.

"aku risaukan kau tau tak, cubalah faham perasaan aku ni." kataku dan terus pandang ke depan semula.

*Mina Pov💕

Mampos, dia pula yang marah aku balik.

Sorry lah Jimin, aku betul² tak ada mood sekarang ni.

Nampaknya masa sekolah dah tamat dan aku, Sana dan Tzuyu ambik keputusan nak jalan² sebelum balik rumah.

Lagipun omma appa kitorang ada kat Korea so kitorang tinggal kat rumah masing².

"eunnie, aku teringin nak makan kek ikan kat sini. Jom lah!" ajak Tzuyu teruja dan terus tarik tangan kami pergi ke gerai.

"harini aku belanja, makan lah puas² eh terutama sekali kau Sana." pelawa ku, dompet yang berada di dalam bag aku keluarkan.

"hey girls." kami serentak menoleh ke belakang nak tengok siapa.

Kami mengeluh bila rupanya trio gangster tu rupanya.

Taehyung ngan Jungkook elok je tersenyum manis tengok kami tapi si Jimin pula serious je muka dia.

Mesti dia marah lagi pasal tadi tu, dah lah aku kata tak nak pergi sini tapi terserempak pula kat pesta ni.

"Tzuyu, jom date." ajak Jungkook, Tzuyu pun setuju je lah then diorang blah.

"Sana, jom arh balik. Kau lupa ke kita kena teman omma kau jalan²?" Sana tepuk dahi dia, mungkin dia betul² terlupa.

"jom arh, mesti omma aku marah ni. Mina, lain kali je lah kau belanja eh. Aku gerak dulu, bagitahu Tzuyu juga nanti." Sana terus berlari pergi di ikuti Taehyung dari belakang.

So? Tinggal aku je lah ngan dia ni?

Memandangkan aku tak ada teman dah, aku decide nak balik terus. Si Tzuyu pula biarlah tunang dia yang hantarkan.

"chankanman." lengan aku dipegang kemas oleh Jimin, langkah aku terhenti.

Aku pandang dia dengan riak muka 'nak apa?'.

"teman aku kat sini." dingin je suara dia ajak aku.

Tanpa banyak bunyi, dia terus jalan kat depan dan aku pula yang terpaksa ikut dia macam slave.

'buk!'

Adoii, sakitnya kepala aku terhantuk belakang dia ni. Asal dia nak berhenti pula ni.

"kau pahal hah?!" marahku.

"aku nak makan ni, tapi kau kena belanja aku sebagai tanda minta maaf pasal tadi." katanya dengan wajah beku.

"yelah, aku minta maaf. Janji tak buat lagi." aku pasrah dan dompet tadi aku buka dan keluarkan beberapa keping duit.

"Mina ah." nama aku disebut oleh dia dan automatik jantung aku ni tiba² berdegup laju.

"b..bwo?" soalku tanpa pandang muka dia.

"kenapa? Kenapa kau perlu seksa hati aku ni? Aku sayangkan kau lebih dari seorang chingu, dan aku harap kau akan terima aku suatu hari nanti dalam hidup kau." katanya separuh berbisik.

Aku hanya diam sahaja, tidak berani nak pandang muka dia apalagi nak bersuara.

~Three Fiance?~Where stories live. Discover now