| 20 |

98 41 0
                                    

Chap terakhir! Harap terhibur! Please grab your popcorn!

_____________________

Aku harap sangat kami akan kekal sampai bila-bila. Saranghae, Jeon Jungkook.
.
.
.
.
.
Yumin memandang lantai kosong sambil fikiran nya sedang berfikir tentang apa yang dikatakan oleh doktor kepada nya tentang penyakit Jungkook tadi.

"Penyakit suami puan sudah kuat dan peluang untuk hidup amatlah tipis. Saya harap puan tabah. Setialah bersamanya. Saya pergi dulu."

Jungkook baru tadi meminta diri ke tandas berasa pelik dengan keadaan isterinya. Titisan air yang paling dibenci keluar dari tubir mata Yumin. Dia taknak Yumin sedih kerana dia.

"Yumin."

"Oh, oppa."

Refleks tangannya menyapu air mata yang masih berbaki.

"Kenapa ni? Ada apa-apa ganggu fikiran sayang ke?"

Sekali lagi air mata Yumin gugur tanpa diperasan oleh tuan empunya badan.

"Hey, kenapa ni?"

Jungkook menyapu air mata itu. Dia dah terlalu membenci air itu keluar.

"T-Takde apa-apa lah. Cuma Y-Yumin penat jer. Mungkin sebab banyak kerja."

"Ok, kalau macam tu, boar oppa yang buat kerja Yumin. Sekarang, oppa nak Yumin rehat. Tidur, jangan fikir apa lagi. Macam yang oppa cakap, fikirkan oppa. Saranghae."

Satu kucupan ringkas dihadiahkan di bibir Yumin lalu dibaringkan Yumin di atas katil mereka.
.
.
.
.
.
Aku menutup pintu bilik kami perlahan agar tidak mengganggu tidur Yumin yang terlihat seperti sudah dihanyut mimpi.

Aku melangkah ke dalam satu bilik dan bilik itu sedikit berhabuk. Mungkin sebab lama tak masuk.

Aku berjalan mendekati sebuah almari. Almari itu kelihatan masih cantik walaupun sudah lama tidak dibersihkan.

Aku membuka pintu almari itu. Dengan serta merta aku menutup mulut dan hidung ku kerana habuk.

Aku menilik isi almari itu. Dan mata aku menangkap satu bingkai gambar. Ada 2 orang kanak-kanak. Lelaki dan perempuan. Ada nama. Kookie dan Yuyu. Aku memerhati gambar tu dan aku memusingkan gambar itu. Terdapat tulisan. Aku membaca tulisan itu. Tulisan seperti budak.

"Ki..ta ak..an teta..p ber..sam..a wal..aup..un di..ta..kdir..kan per..pi..sah..an.."

Aku membaca dengan satu per satu bait-bait ayat itu untuk memahami tulisan itu.

"Kita akan tetap bersama.."

Aku tersentak. Aku lantas memalingkan diri menghadap punca suara dan itu, Yumin. Dia tahu?

Aku pandang dia pelik. Macam mana dia tahu? Ke dia masuk bilik tu?

"..walaupun ditakdirkan perpisahan."

Dia sambung ayat tu. Ya. Sama dengan ayat dekat gambar ni. Aku memandang dia dengan riak wajah yang sukar untuk ditafsirkan manakala Yumin hanya tersenyum.

"Sayang tahu?"

"Oppa.."

Yumin mendekati aku lalu diambil gambar di tangan ku.

"Oppa ingat tak nama ni? Yuyu dan Kookie."

Aku cuba mengingati nama itu dan satu kenangan terlintas di fikiran ku.

Flashback

"Yuyu, Yuyu janji dengan Kookie yang Yuyu akan selalu ada dengan Kookie. Janji?"

Kanak-kanak lelaki mengangkat jari kelingking nya untuk membuat perjanjian dengan kanak-kanak perempuan.

"Ne. Yuyu janji."

Kanak-kanak perempuan itu mencapai jari milik kanak-kanak lelaki itu. Mereka tersenyum.

End Flashback

"Y-Yuyu?"

Mata aku mulai berair apabila kenangan itu muncul.

"Ne."

Aku memandang ke arah Yumin dan ketika itu juga air mata ku tumpah. Yumin, Yuyu?

"Y-Yumin.."

Aku lantas memeluk Yumin, erat. Aku rindukan Yuyu dan Yumin ialah Yuyu aku. Dah lama aku cari Yuyu. Tak sangka Yumin ialah Yuyu. Terima kasih tuhan kerana menemukan aku dengan Yumin.

"Oppa.."

Yumin meleraikan pelukan lalu memandang aku. Mata nya juga sembap.

"Yuyu dah balik. Kookie jangan lah nangis. Nanti Yuyu nangis sape nak pujuk."

Yumin berkata sambil air matanya masih lagi tumpah. Aku memandang Yumin dengan senyuman yang mula mekar. Aku memeluk nya sekali lagi.

Aku janji yang aku akan jaga Yuyu atau Yumin sampai maut yang memisahkan kami.

-THE END-

Ok, dah tamat pun ff mengarut ni. Terima kasih kepada yang setia membaca ff ni dari awal sampai lah akhir. Author hargai sangat. Jadi, nak epilogue tak? Tunggu eh.

Sincerely,
Rine

[COMPLETED] RE VERA || JJKWhere stories live. Discover now