[S1] Pelancong Misteri? 🌙

472 95 34
                                    


HIT HIT HIT SOUND!!!

Terkejut mak. Siapa siot tukar ringtone alarm aku ni? Ini mesti kerja si Dokyeom.

Aku je yang tak perasan sebab selama ni, aku bukannya guna alarm sangat.

Selalu suruh Vernon kejutkan je.

Ha sekarang ni Vernon takde, kenalah bangun sendiri HUHU.

" Tak sabar harini, ada tour guide tolong aku. Tak adalah nanti aku sesat entah ke mana-mana. "

" Eh tapi tour guide tu lelaki ke perempuan ya? Kalau perempuan boleh aku mengorat hehe. "

" ..... "

" Gatalnya aku ni, tak dapat perempuan kat Korea sana nun, dekat Malaysia pun jadilah HAHAHAHA "

Maka Seungkwan pun bercakap seorang diri lagi buat kali kedua.

++++++

" MAYA!!!! " aku terus memanggil nama tersebut selepas tiba di tempat kerja.

" Ya Tihah, datang juga kau. Ingat taknak datang kerja harini. " perli Maya.

Sindir akulah tu.

Sebab aku terlambat 10 minit.

Masalahnya aku bukan sengaja pun, jalan yang sesak. Dia ingat kereta bapak aku boleh terbang ke macam mana?

Ye gais. Aku pinjam kereta bapak aku. Tiada bajet nak beli kereta sendiri.

HIKSSS

Ok tibe.

" Ish kau ni, jaranglah aku ponteng kerja. Aku datang lambat ni pun sebab jalan sesak. "

" Yelah weh, alasan diterima. "

" Oh ya, bila si pelancong dari Korea tu nak datang? " soal aku.

Aku excited sebenarnya.

Waktu macam nilah aku nak guna skill Bahasa Korea aku. 2 tahun weh aku belajar.

Tapi...

...Kalau dia reti cakap Bahasa Melayu macam mana? Sebab ada orang Korea yang reti cakap Bahasa Melayu, tapi pelat-pelat sikitlah.

Tak apalah.

Guna jelah dua-dua sekali. Kita campurkan Bahasa Melayu dan Korea sekali.

" Hurm, pelancong tu akan ke sini dalam pukul 11.30 pagi. Kenapa tanya? " kata Maya.

11.30 pagi...

Aku melihat pada jam dinding yang tergantung.

Weh baru pukul 9.00 pagi.

" Urm Maya, kau rasa aku nak buat apa sekarang ni? Dia datang lagi 2 jam tau. Tak akanlah aku nak mereput kat pejabat ni? "

" Kau belum sarapan kan? Jomlah melantak dulu. " ajak Maya.

" Eh macam-macam tau je aku lapar. Jom! "

Aku memang lapar tapi aku rasa gemuruh semacam.

Tak tau kenapa.

Kalau sebab pelancong misteri tu..

Eh tak akanlah. Dah 2 tahun aku buat kerja ni. Tak mungkinlah aku gemuruh pula.

Entah-entah jodoh aku si pelancong tu?

Ehhhh gatal betul aku ni.

Berhenti mengarut.

Mak akulah ni. Tiba-tiba tanya tentang kahwin. Tak pepasal otak aku dok fikir pasal lelaki.

Tiba-tiba teringat Seungkwan pulak.

Hehe.

Kat manalah dia sekarang ni ya?

𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.Where stories live. Discover now