23.

5 2 0
                                    

Jimin Pov

Aku buka mataku. Aku dekat mana ni?
Aku lihat sekeliling. Ouh, bilik aku sendiri.
Apa dah berlaku ni? Kenapa aku dekat katil? Apasal aku pakai baju lawa2 ni?

Tiba2 aku teringatkan nera. Hah!
"Nera!"
Aku cuba untuk bangun dari katil tapi kepala aku sakit. Berdesing.
"Argh!"
Aku pegang kepala aku.

Air mata aku jatuh menitik, sakit yg teramat.
"Jimin?!"
"Jimin! Kenapa ni?!"
"Sa-Sakit"
Encik kim mengambil ubat yg berada di atas mejaku.

Aku makan ubat tersebut. Dan tak lama kemudian, aku termuntah.
Habis lantai bilik aku. Kotor disebabkan isi perutku sendiri.
"Jimin, jimin tunggu sini kejap, encik kim ambilkan air"

Aku sekadar mengangguk lemah.

☂️☂️

Aku lihat sekeliling. Mana nera? Dia tak dtg sekolah ke harini?
Aku pergi ke eunli, kawan baik nera.
"Eun, nera mana?"

"Eo? Nera? Dia tak dtg harini. Semalam pun dia tak dtg. Katanya dia demam"
Demam?! Ahh sudah...
"Demam? Ok, thanks eunli"
Aku terus ambil beg aku dan berlari keluar dari kelas.

Kenapa dia boleh demam? Sebab aku ke? Mesti dia marah giler dekat aku. Aku minta maaf nera. Maaf sesangat sebab aku pun tak tau yg aku akan pengsan malam tu.

Aku call nera tapi tak di angkat. Perasan gelisah makin menguasai diri.
"Tolonglah nera, janganlah demam teruk"

☂️☂️

'Tok' 'Tok' 'Tok'

Pintu dibuka. Wajah unnie nera terpacul.
"Eh, jimin? Buat apa dekat sini?"
"Erm, noona....nera ada tak dekat dlm? Saya nak jumpa dengan dia."

Unnie nera pandang aku dengan pandangan simpati. Aku tak tau apa maksud pandangan dia tu.
Kemudian dia memandang bahagian dalam rumah sebelum memandangku kembali.

"Eem...sorry jimin~ Nera....dia takde dekat rumah~"
Aku terkejut bila unnie dia kata gitu. Takde dekat rumah? Aku pasti dia ada dekat dalam. Mesti unnie dia pandang dlm tadi sebab nak tengok nera!

Aku pasti!
"Betul ke noona dia takde? Kalau ada tolonglah, saya nak jumpa dengan dia"
"Sorry jimin. Nera memang takde. Dia keluar."
Aku mengeluh kemudian mengangguk perlahan.

"Hmm, baiklah noona. Sorry, kalau mendesak noona."
Aku senyum kemudian melangkah pergi.

Tiba2 phone ku berbunyi menandakan ada mesej masuk

My little cutie crush💕

'Jangan datang rumah aku lagi!'

Nera? Aku pusing ke belakang untuk melihat rumahnya. Aku pasti, dia sedang perhatikan aku sekarang. Cuma aku tak tau dia dimana.
Aku mengeluh dan beredar dari perkarangan rumah nera

☂️☂️

Harini dah masuk hari ke empat nera tak dtg sek. Aduh, kenapa dengan dia ni. Demam teruk sangat ke?
Bosan. Nera takde. Bosan sangat.

☂️☂️

Aku letakkan plastik yg berisi ubat ubatan di hadapan rumah nera. Pintu diketuk dan aku terus beredar.

Hmm, aku harap nera makan ubat yg aku beli tu. Maaf, sebab letak dekat depan pintu. Aku takut kalau kau nampak muka aku, kau makin teruk.

☂️☂️

Aku mesej nera. Tapi dia tak pernah balas. Dia hanya baca sahaja.

My little cutie crush💕

'Nera, aku minta maaf sebab tak dtg temankan kau haritu. Aku minta maaf sebab buat kau tertunggu2. Tapi aku time tu terpaksa pergi rumah omma aku sebab omma perlukan pertolongan. Aku minta maaf, kalau disebabkan aku kau demam. Sorry sesangat. Aku tak berniat pun. Dan bila aku dtg balik mall tu, kau dh takde. Sorry nera. Aku minta maaf.

Please, jangan buat aku macam ni. Janganlah kau hiraukan aku macam ni nera. Aku sunyi kau takde. Please nera~ I'm so sorry~'

Aku tutup phone ku dan meraup kasar mukaku. Sorry nera sebab terpaksa tipu kau. Tapi aku rindukan kau~ argh, pening.

☂️☂️

Aku duduk termenung menghadap tingkap. Hmm, tenang. Tenang yg sunyi. Nera takde dekat sisi aku sekarang. Aku harap sangat nera tak merajuk dengan aku lama sangat. Sebab aku dh lah nak mati.

So aku nak spend time dengan dia. Tapi, hmm....ini pula yg jadi.
Tiba2 aku dengar ada org duduk di sebelahku. Di kerusi nera.

Aku terus alihkan pandangan memandangnya.

'Zup!'

Jantung aku berdegup laju.
Nera?! Dia dh datang sekolah?!
"Ne-"
Belum sempat aku nak berkata apa2 nera telah pun bangun untuk meninggalkan diriku.

☂️☂️

[C] Anything last wish? (P.J.M)Where stories live. Discover now