Part 25

416 43 185
                                    

Kali ini San pula yang menunggu Rachel . Dia datang awal sebab tak nak gaji kena potong uhuhu . Nangis San nanti .

" Wah awal datang . Ini yang kita mahukan " San yang tengah berangan tu terkejut apabila tiba-tiba bahu dia kena tepuk . Berangan apa pun aku tak tahu lah .

" Uish kau tak reti nak tegur elok-elok ke ? " San memandang Rachel yang berada di sebelahnya .

" Apa ? Elok lah tu aku tepuk , daripada aku tendang kau . Eh jom pergi mall kejap "

" Buat apa ? "

" Kau rasa nak buat apa pergi mall ? Pergi beli barang lah lamak kau ni . Hana unnie suruh beli sabun mandi , katanya dah habis . Ni mesti sebab min unnie , dia suka sangat main sabun dalam bilik air "

" Mana kau tahu dia yang main ? "

" Dah tu setiap kali aku masuk lepas dia , mesti ada buih-buih sabun atas lantai " Rachel hanya menggeleng-gelengkan kepalanya .

" Ouh ha jom lah " mereka berdua pun masuk ke dalam kereta dan bergerak pergi ke tempat yang ingin dituju .

Selepas membeli sabun ..

Rachel dan San berjalan-jalan sebentar di dalam mall itu . Cuci mata katanya . Sedang khusyuk diorang berdua jalan sambil mata memandang ke sana ke sini ke mari , tiba-tiba San ternampak seseorang yang dia kenal .

' eh Yoongi ke tu ? ' kata hati San . San memerhati betul-betul wajah orang tu , dan ya itu memang Min Yoongi .

" Hm Rachel , jom balik " Rachel terus memandang San apabila San kata begitu .

" Sabar lah , kau kenapa nak balik awal-awal ? Bukan buat apa pun dekat rumah tu "

" Balik je lah jom "

Rachel memandang San dengan pandangan yang meragukan . Dah kenapa tiba-tiba suruh balik pulak ni ? Akhirnya mata Rachel memandang tempat di belakang San , dan ternampak lah kelibat Yoongi si lil meow meow , ceh sempat lagi tu .

" Yoongi ? " Rachel mahu menghampiri Yoongi tetapi San memegang tangannya untuk menghalang dia daripada pergi ke arah Yoongi .

" Kau salah orang ni , jom balik "

" Tepi , Choi San . Aku tahu tu dia " Rachel menepis tangan San dan dia berjalan ke arah Yoongi yang sedang seronok ketawa bersama dengan seorang yeoja .

" Kang Rachel ! " San berlari menghampiri Rachel yang semakin dekat dengan Yoongi .

Tiba saja di hadapan Yoongi , Rachel terus menampar muka Yoongi tanpa sebarang kata-kata . Terkejut kucing Yoongi dibuatnya . Macam mana muka kucing terkejut , macam tu lah muka Yoongi terkejut .

Pernah tengok kucing terkejut ? Hala takkan tak pernah kut . Aku pernah terkejutkan kucing nenek aku yang tengah termenung , kesian dia hampir gugur jantungnya . K maaf lari dari topik ohoho .

Yeoja yang berada di sebelah Yoongi itu pun terkejut . Begini mukanya ;

(Bayang lah tu muka manusia)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Bayang lah tu muka manusia)

" Apa ni Yoongi ?! "

Yoongi hanya tersenyum sinis , wah hengko mintak kena penyepak buat kali kedua .

" So , kau dah nampak lah ? "

" Ke.. kenapa kau buat aku macam ni ha ?! " Hampir saja air mata dia hendak mengalir , tetapi ditahan .

" Kenapa ? Oh sebab aku dah bosan dengan kau dan sekarang kau dah boleh blah dari hidup aku "

Rachel mahu menampar muka Yoongi buat kali kedua apabila mendengar alasan bahangang daripada Yoongi itu , tetapi dihalang oleh San .

" Kita putus ! Kau memang taguna ! Aku benci kau , Min Yoongi ! " Nak aje Rachel menonyoh muka Yoongi dengan sabun .

" Dah , jom balik " San menarik Rachel menjauhi Yoongi , kemudian dia berdiri di hadapan Yoongi dan mencekak kolar baju Yoongi .

" Kau tak patut buat dia macam tu ! "

" Kau patutnya gembira sekarang sebab aku dah lepaskan dia untuk kau " Yoongi senyum sinis , membuatkan San mahu menumbuk-numbuk mukanya . Nasib baik sekarang diorang dekat tempat awam .

" Jangan muncul lagi depan dia " San menolak Yoongi dan berlalu pergi dari situ bersama Rachel yang sudah pun mengalirkan air matanya .

***

Yeosang memandang Minha yang senyap daripada tadi . Diorang dah sampai depan rumah , tapi melihat Minha yang termenung itu membuatkan Yeosang pelik dengan perangai tuannya itu .

" Minha , kita dah sampai ni " Yeosang memegang bahu Minha , menyebabkan Minha tersentak .

Minha yang baru tersedar itu terus membuka seatbeltnya dan hendak melangkah keluar . Yeosang dengan segera menahan tangan Minha .

" Kau kenapa ? Ada masalah ? Dari kau masuk kereta sampai lah depan rumah ni kau termenung . Kau ok tak ni ? " soal Yeosang dengan nada kerisauan .

" Aku oklah " Minha menolak tangan Yeosang dan terus keluar dari kereta . Yeosang pula hanya memerhati Minha dengan pandangan yang merisaukan .







Kalau af ni tinggal dlm 3 atau 4 part lagi untuk tamat , baru aku pub ateez af yang baru tu hokay

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kalau af ni tinggal dlm 3 atau 4 part lagi untuk tamat , baru aku pub ateez af yang baru tu hokay . Roger-roger siapa nk kena tag tuuu . Bubaii .

Bodyguard || ATEEZ AFWhere stories live. Discover now