lapanbelas

71 13 7
                                    

14 februari, 2020
04.15 p.m.

seperti apa yang lelaki itu cakapkan
yang kau tinggalkan sesuatu untuk aku
aku kembali melangkah dan menghampirinya
aku mula rasa sangsi dengan apa yang kau tinggalkan
sudah berapa kali kau tinggalkan sesuatu lada aku
mungkin aku sudah lali dengan semua itu
namun
aku masih cintakan kau
dan aku hanya terima sahaja

lelaki itu terus memberikan aku kaset
aku hanya memandang kaset ditangannya itu
“ jiyeon minta aku bagi kau ”,
aku terus mengambil kaset itu
dan kini ia bertukar tangan
aku terus mencari sesuatu untuk dimainkan
memandang bilik itu
seperti sebuah studio
yang dilengkapi dengan beberapa alatan bunyi
dan aku terus memasuk kaset itu
pada pemainnya
headphone di atas meja
aku capai dan padankannya
pada kedua belah telinga aku

apa yang kau cuba tinggalkan jiyeon
kenapa perlu kaset ?
kenapa kau tak jumpa aku ?
aku terlalu hina ke untuk kau pandang ?
aku terus menekan butang
untuk memainkan kaset itu

baru sahaja dimainkan
hati aku terus tertusuk
jantung aku berdegup kencang
ianya melodi piano yang aku dengari tadi
sungguh tenang
melodi yang menggetarkan hati aku
dan aku memejamkan sahaja mata
mendengar melodi yang dimainkan
satu persatu

' a person who fills my heart
always without a sound to me
a person who protects me like fate
i'll protect you now
even this day that was hard for you '

sebaik sahaja nyanyi mula
air mata terus menitis perlahan
menuruni ke dua belah pipi aku
itu suara si jiyeon—
aku terus menguatkan lagu itu
memegang kedua belah headphone
apa yang kau lakukan jiyeon
kenapa kau buat aku begini

' even when you become sad and lonely
a person who becomes of comfort
is next to you
close both of your eyes
and listen to my voices
that's directed to you

i am sorry
if i can't treat you better
if i can't love you better
if i leave you
but if you miss me
come and find me
so we can be together

my person
i'll make you happy now
i am sorry
if i'm a bit slow
i'll always be by your side
just like the seasons
and i'm sorry
if i can't meet you for the last time
but you aren't lonely
you have my heart
that always belong to you
i am sorry
for walking away from your life
forever '

aku tidak dapat menahan sebak
air mata deras menuruni pipi aku
mencurah keluar melalui tubir mata
jiyeon—
kau tak perlu lakukan semua ini
aku minta maaf
disebabkan aku
kau terpaksa jauhkan diri kau
dan disebabkan aku
kau terluka

“ mana jiyeon ? ”, soal aku pada lelaki itu
sebaik sahaja aku meletakkan headphone
aku betul-betul mahu berjumpa dengan dia
biar walaupun sesaat
aku mahu jumpa dia
aku ingin memohon maaf
kerana aku sakitkan dia
walaupun sesaat
“ MANA JIYEON—”,
aku terus memegang kolar baju lelaki itu
“ jeongin—jiyeon dah tak ada ”,

ap—apa ?
dia cuba perdayakan aku ?
jiyeon cuba perdayakan aku ?
haha tak semudah itu jiyeon
“ kau siapa—bagi tahu mana dia—”,
“ betul jeongin
kau kena terima hakikat
yang jiyeon dah tak ada
kau lupa ke ?
kau pernah datang ke sini
untuk bertanya khabar
tapi jiyeon sudah pun tiada ”,

pandangan aku terus jatuh
fikiran aku kosong
aku tidak tahu apa yang terjadi
jiyeon dah tak ada ?
dia ke mana ?
kenapa dia tiada ?
mana dia pergi
kenapa dia tinggalkan aku ?

“ jeongin
mungkin kau masih tak dapat
terima hakikat yang jiyeon
dah lama pergi tinggalkan
kita semua tapi aku mohon—
aku mohon kali ini
kau tolong terima
dia dah pun pergi ke tempat yang jauh daripada kita
yang kita langsung tak tahu
bagaimana rupa dan keadaan di sana
dan jeongin,
tolong ingat semula
apa yang terjadi tiga tahun lepas...
kau datang ke sini
dan pada masa itu
adanya upacara kematian jiyeon—
kau terkejut
dan kau terus berlari keluar
sebaik sahaja ibunya kata yang jiyeon
mengalami barah otak
dan kau langsung tak kata apa-apa
kau terus pergi
tanpa menjengguk jiyeon
dan kali ini
seperti apa yang jiyeon amanahkan aku
sebelum dia pergi—
dia suruh aku telefon kau
dengan menggunakan suara rakamannya
dan kau—
kau masih anggap dia ada
mungkin kau sendiri yang kawal segala memori kau
kau kunci memori dimana jiyeon sudah tiada
kau kuncinya ketat
sehinggakan kau lupa
lupa diri kau dan lupa bahawa
jiyeon sudah tiada
tolong jeongin
aku mohon
tolong buka memori itu
tolong terima segala hakikat
jangan sakitkan jiyeon lagi
cuba bina hidup yang baru
tolong ”,

air mata aku semakin deras
jatuh menuruni pipi
dada aku sakit dan sempit
semua memori
mula bermain ligat di dalam fikiran aku
hari terakhir aku berjumpa jiyeon
terbaring didalam keranda
dan—disebabkan sakit hati
seperti tulang rusuk ditusuk
aku terus lari
dan mengunci memori itu
maafkan aku jiyeon
mungkin selama tiga tahun ini
kau tidak tenang di sana
dan kali ini
aku benar-benar memohon maaf
aku cintakan kau jiyeon
dan aku akan simpan kau di dalam memori aku
buat selamanya

semoga kau tenang jiyeon

memory. yjgHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin