🌠Second

20 6 0
                                    


🌬️

ㆁⓑⓨ ⓐⓘⓡⓔⓔⓝⓝⓢㆁ

JinAe sedari tadi mengeluh sambil mengelap peluh yang mula menuruni dahinya. Cuaca tidaklah terlalu panas, namun gadis itu terlalu gugup berada di tengah-tengah lapangan bersama para tentera yang beratur di tepi lapangan perlawanan sebentar lagi. Sementara menunggu Sang Raja menghabiskan ucapan alu-aluan, gadis itu sempat berdoa supaya perjalanan majlis pertabalannya sebagai puteri mahkota kerajaan akan berjalan dengan lancar.

" Puteri Grace, jangan gugup begitu. Puteri sudah berlatih dengan giat. Jangan risaukan apa-apa. Jika terjadi sesuatu nanti, patik akan lindungi " ujar Ketua Tentera kerajaan tersebut, Jung Jaehyun.

Namun perkataannya langsung tidak memberi kelegaan kepada JinAe. Tapi, syukurlah dia ditemani Jaehyun di tengah lapangan seraya berdiri tegak dan masih mendengar ocehan daripada bapanya.

" Baiklah, sampai di sini sahaja beta berucap. Seterusnya, kita akan mulakan dengan acara utama majlis ini, iaitu pertunjukan perlawanan pedang yang akan dipersembahkan oleh puteri sulung beta " ucapan Sang Raja diakhiri dengan sorakan rakyat jelata yang memenuhi kawasan tepi lapangan.

Oh tidak.

" Baiklah Puteri Grace, tuanku boleh mulakan " perkataan yang dilontarkan Jaehyun membuat JinAe tersentak dan mula mengambil nafas dalam ketika Jaehyun sudah mengambil tempat untuk memulakan serangan.

JinAe boleh! Gadis itu terus menyoraki dirinya sendiri untuk memberi semangat.

Baru sahaja JinAe ingin melayangkan pedangnya kepada Jaehyun, tiba-tiba satu anak panah melayang ke arahnya namun sempat dia mengelakkan diri.

Matanya terbeliak kerana terkejut, namun lebih mengejutkan lagi, beribu anak panah mula berterbangan di tengah lapangan. Tentera kerajaan yang berada di tepi lapangan mula memasuki tengah lapangan untuk melindungi Puteri kerajaan mereka. Rakyat pula sudah diperintah untuk pulang ke rumah masing-masing dan melindungi diri mereka di dalam rumah.

" Jaehyun, kenapa tiba-tiba boleh jadi begini ! Oh tidak, bukankah ini petanda buruk bagi beta? " soalnya setengah panik sambil badannya bersembunyi di belakang ketua tentera kerajaan tersebut.

" Puteri Grace, Tuanku raja sedang menuju ke tengah lapangan. Patik rasa baik puteri pergi ke arah Raja dengan segera. Patik boleh hilang nyawa kalau nyawa puteri dalam bahaya. Tolong ya ? " pujuk Jaehyun seraya tangannya masih lincah memotong anak panah yang menghala ke arah mereka.

JinAe hanya mengangguk dan mula berlari dengan laju menuju ke arah Sang Raja yang sedang berjalan ke arahnya. Gadis itu masih bersyukur kerana ayahnya sanggup meredah anak panah yang sedang menghala ke arah mereka hanya untuk menyelamatkan dirinya.

Grep

" Ayahanda.. Hiksss " tangis gadis itu pecah apabila berjaya sampai ke dalam dakapan ayahnya. Sang Raja hanya tersenyum sambil terus berusaha melindungi puteri sulungnya. Walaupun dia agak tegas mendidik puteri-puterinya, namun masih ada sisi lembut yang dia akan tunjukkan kepada mereka sebagai seorang ayah.

" Puteri ayahanda seorang yang kuat, jangan menangis lagi ya? Bonda mesti risau melihat JinAe begini." pujukan ayahnya berhasil menghentikan tangisan JinAe. Gadis itu mula tersenyum dan mengangguk semangat sebagai petanda bahawa dia sudah tidak apa-apa.

Baru sahaja mereka berdua hendak melangkah menjauh daripada lapangan, tiba-tiba Sang Raja terjatuh akibat kakinya yang terkena panah.

" Ayahanda!!! Ayah tidak apa-apa ke?" soalnya dengan cemas.

Kaki ayahnya sudah mula merembes darah dengan banyak. Hal itu membuatkan JinAe semakin ketakutan.

Gadis itu mulai bergetar kecil seraya mengoyakkan sedikit kain yang dipakainya. Dengan berat hati, gadis itu menarik panah yang tertancap pada kaki ayahnya. Sang Raja hanya meringis pelan. Setelah itu, JinAe terus memberanikan diri untuk membalut luka di kaki ayahnya.

Baru sahaja hendak bangun dari duduk, JinAe dikejutkan pula dengan kedatangan seorang jejaka yang berdiri dihapannya dengan pakaian seperti rakyat biasa.

" Hey! Bukankah rakyat biasa sudah diarah pulang! Mengapa masih disini!!" bentak JinAe. Tidak, jangan salah faham. Bukan niatnya untuk meninggikan suara. Namun gadis itu hanya merisaukan keselamatan rakyatnya.

" Iya, dan Tuanku dan Tuan Puteri hampir meninggal jika patik tidak ke mari. Masih ada beberapa orang yang sedang bersembunyi sambil menghalakan panah mereka ke arah kita seka-- "

Belum sempat jejaka itu menghabiskan ayatnya, ada satu panah yang hampir melayang ke arah JinAe dan setangkas kilat jejaka tersebut melindunyi JinAe. Namun, malang nasib jejaka itu ketika panah tersebut mengenai lengan kirinya dan bertambah malang apabila darah yang mengalir dari lengan tersebut berwarna hitam.

" Racun! Panah tersebut ada racun!" perkataan yang keluar dari mulut ayahnya membuat JinAe hampir terkena serangan jantung. Oh tidak, bagaimana jejaka tersebut masih memasang senyuman manis kepadanya sedangkan dia baru sahaja terkena panah beracun dan muka jejaka itu semakin pucat.

" Tuanku! Tuanku dan Puteri tidak apa - apa ke? Patik akan panggil beberapa tentera untuk menolong Tuanku dan Puteri" entah dari mana, General Jeon Jungkook atau Justin Jeon baru muncul. Dan itu cukup melegakan hati JinAe.

Selang beberapa minit, beberapa tentera yang diarah oleh Jungkook mula membantu mereka bertiga untuk pulang ke istana.

" Justin, terima kasih sudah bersusah payah datang ke sini. Walhal, beta tahu anda penat baru pulang dari menjemput Puteri Bungsu beta. Terima kasih" ujar Sang Raja dengan ikhlas.

Jungkook hanya tersenyum maklum dan mula melangkah ke tengah lapangan untuk membantu tentera-tentera yang lain. Sebelum berlalu pergi, Jungkook sempat memandang seorang jejaka yang sedang dibantu oleh tenteranya dengan senyuman tipis.

Jadi, inilah permulaan kehancuran, mungkin?

TBC...

Nantikan next episode...

Dah tepi nak pergi date dengan kesayangan aireenns

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Dah tepi nak pergi date dengan kesayangan aireenns. Huweee 💙

ANGEL vs DEMON [ JJK ft. PJM ]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora