🖤Prolog🖤

360 44 25
                                    


Dibintangi oleh

Kim Seokjin&Park Yoonji

Sambungan/ sekuel daripada Crush Minta Kaki


Pesanan

Sila baca Crush Minta Kaki dulu untuk lebih memahami jalan cerita

Had umur

15+


Genre

Romance,sad,family


Amaran

Dilarang meniru mana-mana bahagian di dalam cerita ini tanpa kebenaran aku.


Lucidlassie 2020 mempersembahkan


Suami Minta Kaki

Suami Minta Kaki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Prolog

Dokumen perceraian yang sudah ditandatangan diletakkan Jin di hadapan aku.Sebatang pen turut diletakkan di samping dokumen perceraian itu.

"Saya dah tak larat nak hadap perangai awak.Saya dah letih nak bergaduh dengan awak setiap hari.Saya rasa bercerai merupakan jalan penyelesaian yang terbaik untuk kita berdua."

Cerai.

Selama 7 tahun perkahwinan aku dan Jin,aku tidak pernah menyangka perkataan cerai akan keluar daripada mulut Jin.

"Benci sungguh awak pada saya sampai awak sanggup nak bercerai dengan saya.Baiklah,kalau itu yang awak nak,saya akan tunaikan.Anything for you,dear."

Dokumen perceraian itu diambil.Pen digenggam erat.Aku terus menandantangani dokumen perceraian itu tanpa teragak-agak.

"Awak pasti awak nak bercerai dengan saya?Awak tak nak fikir semula?"ujar Jin membuat aku terhenti.

Pandangan dikalihkan kepada Jin.Dia sedang mengeluarkan sebuah dokumen daripada laci.

"Ini dokumen penyerahan rumah agam ni,dua buah bangunan di Gangnam,sebuah vila di Daegu dan dua ladang strawberry di Gochang.Berhenti bela bapak awak dan awak akan dapat semua harta ni."

Dokumen penyerahan harta itu dipandang sejenak.Jin cuba menyogok aku dengan kemewahan dan harta supaya aku berhenti membela bapak aku di mahkamah.

Bibirku terangkat membentuk senyuman sinis khas buat Jin.

"Kalau saya nak terus bela bapak saya,apa awak nak buat?"soalku mahu menguji Jin.

Kali ini Jin pula yang tersenyum sinis.Tidak dijangka,Jin menarik hujung rambut aku lalu kepalaku dicengkam kuat.

"Apa aku nak buat?Kita akan bercerai dan aku akan pastikan hak penjagaan Jinhyuk dan Jinho jatuh ke tangan aku.Nyawa bapak kau mungkin akan melayang.Yang paling penting sekali,kerjaya kau sebagai peguam akan hancur."

Ugutan Jin sama sekali tidak menakutkan aku.Malah aku menjadi lebih berani untuk membela bapak aku.

"Aku nak kau pilih.Aku atau bapak kau?Suami kau atau bapak kau?"soal Jin lagi.

Kemarahan yang membara jelas terlihat di anak matanya itu.

"Aku rasa kau dah tahu jawapan untuk soalan kau."

Tangan aku juga mencengkam rambut Jin.


A/N:

Yow,siapa kata kisah cinta Jin dan Yoonji dah berakhir?

Disebabkan aku sendiri tak boleh nak move on yang crush minta kaki dah habis,jadi aku tampilkan siri kedua sekuel kepada crush minta kaki.

Dalam crush minta kaki,Yoonji memang membebal habis tapi dalam suami minta kaki Yoonji elegan tau guys.

Beri aku satu sebab kenapa korang nak terus membaca ff Suami Minta kaki.

[OG] Suami Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now