pantun rukun Iman

92 3 0
                                    

@My quotes & Mutiara hati

Pantun rukun Iman

Muzik kelasik irama cindai,
Dialun puteri tepian laman,
Andai tuan bijak dan pandai,
Ada berapa rukunnya iman?

Jelita puteri ditengah laman,
Bersama pangeran tampan bermadah,
Enam rukun bertonggakkan iman,
Menjadi pegangan para syuhadah.

Kota Mekah rumah Allah,
Menunaikan haji dan umrah,
Tiada tuhan layak disembah,
Maha Esa itulah Allah.

Tangan kanan angkat ke tengah,
Tanda tentera sumpah setia,
Berjuta-juta Malaikat Allah,
Nama diingat hanya sepuluh sahaja.

Gunung berasap gunung berapi,
Gunung-ganang tempat pendakian,
Allah utuskan Rasul dan Nabi, Membawa Islam satu ajaran.

Buku novel buku yang tebal,
Tidak setanding kitab yang unggul,
Selain Taurat, Zabur dan  Injil,
Kitab Al-Quran kitab terunggul.

Bumi berputar pada paksinya,
Sungguh indah ciptaan-Nya,
Tempat terakhir syurga neraka,
Hari pembalasan itu pasti ada.

Sayur segar di pasar raya,
Ibu yang masak enak rasanya,
Qadha dan qadar Takdir Maha esa,
Iman yang teguh terima takdirnya.

Setiap rangkap adalah pantun,
Saya bina tanda peringatan,
Itu lah dia rukun Iman,
Tanda kepercayaan teguh Keislaman.

@quotes hamba

My, quotes Место, где живут истории. Откройте их для себя