+ 10

1.3K 225 22
                                    

siapa sangka ? perempuan yang buat aku jatuh cinta secara tiba tiba rupanya sudah hilang dari bumi ni.

aku melepaskan keluhan berat. mata ditutup cuba menghidu udara segar. terasa bahu aku ditepuk membuatkan aku segera membuka mata.

jeon alice.

jap— dia hantu.

aku nak lari ke baca jampi hael husaini kat dia ni?

" taehyung—"

nama aku diseru. jujur aku katakan, jantung aku masih lagi mengepam darah dengan laju kerana cinta aku kepada dia masih lagi ada.

" saya tahu yang awak dah tahu. saya cuma nak cakap, terima kasih sebab buat saya cintakan awak dan jadikan diri awak first love buat saya" senyumannya cukup cantik.

" tapi aku—"

" awak ?"

" aku nak kau"

gadis cantik itu ketawa kecil. ya, aku tahu aku ni gila sebab nakkan hantu.

" maaf taehyung. masa saya dah sampai. terima kasih sebab buat saya cintakan awak. awak lelaki yang baik. luar awak nak dingin tapi sebenarnya awak gila gila"

pujian tu, aku suka.

perlahan lahan dia tersenyum manis. dapat aku lihat dia mengalirkan tangisan kegembiraannya.

perlu ke taman ni jadi tempat kami berpisah ?

" saranghaeyo, kim taehyung"

dan ya, tubuhnya hilang dari pandangan mata aku.

" aku pun cintakan kau, alice"

kebodohan semua ini.

aku telah mengalirkan air mata.

[√] Train Seat | 태형Where stories live. Discover now