| 43 |

186 24 18
                                    

A/N :

Alert!!⚠ Chap kali ni panjang dia tak boleh bawak bincang.Mohon readers tak jemu membaca.🙊

_______________

"Dah jom.Yunseong dengan Hirae balik sendiri nanti.Dorang kata nak date dulu." Kata Yohan selepas selesai membuat  pembayaran dikaunter hospital.

"Awak pergi dulu.Saya nak cakap something dengan Hirae dulu.Jumpa awak nanti." Yoora melambai Yohan lalu terus berlari semula ke wad Yunseong.Jalan di sepanjang koridor hospital yang sesak dengan ramai pelawat membuatkan Yoora terpaksa menggunakan jalan jauh.

Ketika dia dalam perjalanan menuju ke wad Yunseong, kakinya tiba-tiba terhenti dihadapan satu wad yang tidak jauh dengan wad Yunseong.Entah kenapa, hatinya tertarik untuk menjenguk kedalam.

Lee's

Mata Yoora melekap pada tag nama pesakit di pintu wad itu.Entah kenapa, hatinya berdebar.Lain macam rasanya.

Tangannya menolak pintu wad itu dengan perlahan.Dia meneguk liur kasar.

"Y-yeoboseyo." Satu-satu langkahnya diarak kedalam wad itu.

Apa yang ada didalam wad itu hanyalah katil pesakit dan meja kecil serta kerusi untuk pelawat.Cadar dan bantal diatas katil disusun elok seolah-olah tidak ada langsung pesakit sebelum ini.

Yoora mengangkat bahunya dan bergerak untuk keluar dari wad itu.Namun, langkahnya terhenti apabila namanya diseru seseorang dari arah belakangnya.

"Yoora-ssi?" Badan dipusing untuk menghadap gerangan tersebut.

Sebaik sahaja matanya bertembung dengan mata orang itu, muka Yoora berubah pucat.Terkedu.Dia cuba untuk lari keluar namun kakinya seolah-olah digam di lantai.

"Auww so sweet uri Yoora.Kau lawat aku? Come, sit besides me.Taerin miss you so much.My friend.." Senyuman manis terukir dibibir Taerin.

Yoora langsung tidak berganjak dari tempatnya.

"Hey, don't be afraid to me.Saya dah berubah tahu? Come.." Tangan Yoora ditarik lembut oleh Taerin lalu dia mendudukkan Yoora diatas katil pesakit itu.

Hati Yoora berdebar sakan.Perasaan takutnya hanya dia dan Tuhan saja yang tahu.Dahinya mula mengalirkan peluh.Satu badannya menggigil teruk.

"Long time no see, right? Jadi, memandangkan Yoora sudi datang melawat Taerin... Taerin ada sesuatu untuk Yoora.Tunggu kejap eh.Taerin pergi ambil barang tu." Yoora menayangkan senyuman kekok.Dia mengangguk perlahan.

Hilang sahaja kelibat Taerin, Yoora bergegas keluar dari bilik itu.Sekali lagi, langkah Yoora terhenti di koridor hospital itu.

Semuanya berubah...

Suasana koridor ketika itu lain daripada suasana sebelum dia menjejakkan kaki kedalam wad Taerin.Tiada seorang manusia pun yang ada dihospital itu.

"Mana pergi pelawat dengan nurse yang ramai tadi? Kenapa lampu berkelip-kelip ni?" Yoora mula diserang  dengan perasaan tidak sedap hati.

Kakinya dihayun laju menuju ke wad Yunseong.Sambil dia berlari, kepalanya kadang-kadang ditoleh kebelakang.Takut kelibat Taerin mengejarnya.

Klek!

Pintu wad Yunseong dibuka.Yoora tergamam.Kosong dan suram...

"Yoora noona?" Yoora dikejutkan dengan suara dari arah belakangnya.Terkejut teruk Yoora dibuatnya.Dadanya turun naik dengan kadar yang laju dari biasa.

The Bachelor✴ Kim YohanWhere stories live. Discover now