♠Prologue♠

260 24 5
                                    

Happy Reading~
.
.
.
.
.
.
.

Putera Makhota Elemental.Seorang putera yang mempunyai kuasa elemental daripada jam kuasa dan putera yang berani,tegas,serius dalam hal kerajaan serta antisocial.Putera Makhota Elemental terpaksa memakai topeng diraja agar tiada sesiapa yang tahu wajah sebenar putera tersebut demi keselamatannya.Raja Amato,ayahanda kepada Putera Makhota Elemental yang minta agar musuh ketat mereka tidak dapat melihat wajah sebenarnya.Musuh daripada Darkness Kingdom.

Raja Darkness Kingdom inginkan 7 kad elemental yang ada di tangan Putera Makhota Elemental.Mengikut lagenda,kad-kad tersebut mempunyai kuasa elemen dan ianya disembunyikan di dalam bilik rahsia yang berada di istana Elemental Kingdom.Hanya Putera Makhota Elemental boleh menggunakan kad-kad tersebut.Sekiranya kad-kad itu berada di tangan yang salah,Elemental Kingdom dan 7 kerajaan berelemen tidak aman sepenuhnya.

Pada suatu hari,Raja Darkeness Kingdom bersama tentera-tentaranya menyerang kerajaan Elemental Kingdom untuk mendapatkan 7 kad elemental tersebut.

"Jangan harap kau akan dapat kad-kad itu!" Bentak Raja Amato yang sedang berlawan dengan Raja Darkness Kingdom iaitu,Raja Alex.Seorang raja gila kuasa.

"Hahaha!!!Kau tak boleh halang aku,Amato~" Kata Raja Alex dengan nada jahat.Mendengar ucapan tersebut,Raja Amato menahan geramnya.Dia tertanya,apa patut dia buat?

Tiba-tiba,muncul seseorang yang berpakaian tempur,bertopeng diraja dan ada 7 kad yang berada di tangannya.Tidak lain dan tidak bukan,Putera Makhota Elemental.

"Anakanda?!Apa anakanda buat di sini?!" Tanya Amato apabila dia tersedar puteranya berada di pertempuran tersebut."Anakanda tidak akan biarkan ayahanda berlawan seorang diri!" Ucap Putera Makhota Elemental kepada ayahandanya."Tetapi,nyawa anakanda dalam bahaya!" Balas Raja Amato lagi.Dia amat risau sekiranya Raja Alex ingin mengambil 7 kad elemental yang kini berada di tangan Putera Makhota Elemental."Jangan risau ayahanda-!" Kata-kata Putera Makhota Elemental terpotong apabila Raja Alex menyampuk."Hahaha! Akhirnya,kau muncul juga,Elemental~" Ucap Raja Alex.

Putera Makhota Elemental menatap tajam ke arah Raja Alex.Dia tidak berpuas hati apabila raja yang gila kuasa itu telah menyerang kerajaannya dan menginginkan 7 kad elemental yang berada di tangannya.Dia bersama ayahandanya bersiap sedia untuk bertarung dengan Raja Alex.

"Heh,marilah~" Tanpa membuang masa.Raja Amato dan Putera Makhota Elemental memulakan serangan.

"Mechabot!!!Mechazine!!!"

"Baik,tuanku!" Balas Mechabot yang berbentuk seperti robot lalu dia bergabung di badan Raja Amato sebagai tempur untuk berlawan.

"Kuasa Elemental!"

Penampilan Putera Makhota Elemental berubah.Mempunyai iris ruby,pakaian yang berubah warna menjadi merah maroon dan logo pada jam kuasanya berubah menjadi logo halilintar.Itulah kuasa Putera Makhota Elemental yang berada di tahap kedua.

"Heh" Sinis Raja Alex.

Raja Amato dan Putera Makhota Elemental mula menyerang Raja Alex.Tetapi,Raja Alex mengelak setiap serangan mereka dengan mudah.Baginya,ia terlalu mudah.

"Tch,Tetakan Pedang Halilintar!!!" Putera Makhota Halilintar menyerang lagi dengan nada tidak puas hati.Namun,Raja Alex menyerang balas serangan tersebut menggunakan kuasanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 21, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

♠The Owner Of 7 Elemental Cards♠Where stories live. Discover now