Bab 7

1.6K 141 27
                                    

FARHAN senyap-senyap melangkah ke dapur istana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

FARHAN senyap-senyap melangkah ke dapur istana. Ditoleh kekiri dan kekanan untuk memastikan tiada siapa yang masih berjaga. Setelah memastikan semuanya clear, Farhan terus memboloskan diri ke ruangan dapur itu. Diselongkar segala isi didalam kabinet hanya untuk mencari cawan!

Padahal boleh sahaja dia minta tolong pembantu istana untuk buatkannya air. Namun, otak Farhan tidak berfikir panjang. Dia fikir ini macam rumah dia agaknya. Suka hati sahaja keluar masuk dapur.

Setelah menjumpai cawan, Farhan terus mengeluarkan sepaket kecil air latte dari poketnya tanpa ragu-ragu. Paket itu dia jumpa didalam beg galasnya sebenarnya. Sudah tentu ibunya yang memasukkan paket latte itu.

Sedang Farhan khusyuk menikmati kelazatan air kopi latte itu, suara seseorang membuatkan dia terkejut lalu tersembur air masuk kedalam cawan semula. Farhan menoleh kebelakang untuk melihat empunya suara yang menegurnya.

"Amboi, sedapnya minum air sampai tak menyempat nak duduk..." Aleena mendekati Farhan yang sedang memegang mug besar. Farhan tersengih lalu pantas dia mencari kerusi untuk dia dan Aleena duduk.

"Kau nak ke? Aku boleh bancuhkan."

"Tak perlu," balas Aleena sepatah.

"Hm, apa kau buat dekat sini malam-malam macam ni? Kenapa tak tidur lagi?"

"Entahlah. Tergerak hati pula aku nak ke dapur sebab haus. Tak sangka pula boleh jumpa kau. Kau ingat aku tak nampak kau sorok-sorok masuk dapur macam penyangak? Nasiblah aku yang nampak. Kalau pembantu istana, mesti dia dah cop kau penyangak," kata Aleena. Jarinya mula mengetuk meja kayu yang memisahkan mereka berdua. Keadaan jadi sunyi seketika sehingga Farhan menghabiskan airnya.

"Sorrylah kalau aku main masuk je dapur. Dah biasa buat dekat rumah. Hehe."

"It's okay--"

Baru sahaja Aleena mahu melanjutkan ayatnya, telefon pintar Farhan berdering kuat. Cepat-cepat Farhan mengeluarkan telefonnya dari dalam poket. Nama Medina membuatkan Farhan berdecit gelisah. Terangkat kening Medina melihat Farhan gelisah memandang skrin dan tidak angkat panggilan tersebut.

"Angkatlah. Kau tunggu apa lagi?"

"Kau betul nak aku angkat? Jangan menyesal tau."

"Buat apa pula aku nak menyesal--"

"DADDYSU!" Terpejam mata Farhan dan Aleena apabila pekikan yang kuat menyapa telinga. Terkulat-kulat Aleena mencuri tengok skrin telefon Farhan. Riuh sangat haih...

"Haih... berapa banyak kali daddysu nak pesan. Jangan jerit-jerit. Nanti sakit tekak, mummy daddy korang yang susah nanti."

"Takpa! Mummy dan daddy doktor! Nanti mummy boleh rawat kitorang bertiga." Suara lancang Tashmeen menjawab pantas. Farhan sekadar ketawa hambar. Tak selesa apabila perbualan dia dan anak-anak buahnya didengari oleh Aleena. Kalau nak blah je kang, macam kurang ajar pula.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐀Where stories live. Discover now