|| 16 ||

990 112 9
                                    

Pintu wad Jungwoo dibuka setelah beberapa jam berlalu dan terpaparlah wajah seorang doktor lelaki yang berumur lewat 20- an bersama beberapa orang nurse

" doktor macam mana keadaan anak saya? " mama Jungwoo tanya. Wajah doktor yang bernama Kim Jongdae kelihatan agak sedih buatkan mama Jungwoo berasa takut

Takut sesuatu jadi pada Jungwoo

" Jungwoo dia dah sedar tapi keadaan dia tersangatlah lemah " kata doktor Kim. Mama Jungwoo tak dapat tahan air mata

" Jungwoo perlu buat operation dengan segera tapi macam biasa.. Jungwoo taknak " sambung doktor . Mama Jungwoo memandang Sona dengan penuh harapan. Sona memahami pandangan mata mama Jungwoo

" biar saya pujuk dia " kata Sona. " awak yakin awak boleh pujuk dia buat operation tu? " Sona mengangguk yakin. Doktor itu membenarkan Sona masuk

Sona memegang tangan mama Jungwoo. " auntie percayakan Sona okay? " mama Jungwoo angguk dengan senyuman tipis

Sona masuk dan kelihatan Jungwoo sedang duduk bersila di atas katilnya sambil memandang ke luar tingkap. Pemandangan kota Seoul yang dibasahi air hujan membuatkan suasana agak muram

Sona mendekati katil Jungwoo dan duduk di sebuah kerusi yang disediakan. " annyeong Jungwoo! Saya datang ni " sapa Sona. Jungwoo mengalihkan pandangan ke arah Sona. Senyuman manis dia ukir. " annyeong! "

Sona membalas senyuman Jungwoo. " awak dah tahu tentang saya? " Jungwoo menyoal. Perlahan lahan Sona mengangguk kepala

" ne.. Kenapa awak tak pernah bagitahu yang awak ada penyakit? " soal Sona. Jungwoo hanya senyum lalu membuang pandangan ke luar tingkap semula

" saya taknak risaukan sesiapa " jawabnya. Sona mengeluh. " tapi kalau awak tak bagitahu lagi lah semua orang risau! Awak tak fikir ke perasaan ahli nct? Perasaan saya? " Jungwoo terdiam

Sona menarik tangan Jungwoo agar Jungwoo memandangnya. " Kim Jungwoo. Awak tahu semua orang sayang awak dan semua orang akan risau kalau awak takbagitahu tentang penyakit awak ni " kata Sona lagi. Jungwoo menunduk kepala

" mianhae.. Saya cuma taknak risaukan semua orang " kata Jungwoo. Sona mengeluh. " kalau awak tanak buat orang lain risau then buat operation " Jungwoo mengangkat kepala dengan gelengan

" shirheo! Saya taknak! " bantah Jungwoo. Haih degil betul dia ni. " bagitahu saya kenapa awak taknak? " Sona menyilangkan tangannya

Buat kali kedua Jungwoo menunduk kepala. " saya takut.. Saya takut saya akan pergi.. Macam mana kalau saya mati? Saya akan tinggalkan mama.. Mama dah takde siapa siapa dah selain saya. Lepas papa pergi, dia terpaksa hadap pemergian saya pula.. Awak rasa mama boleh terima ke semua tu? " air mata Jungwoo mula mengalir

Sona mula sebak bila Jungwoo mula cakap pasal mati. " aniya Jungwoo! Awak takkan mati selagi awak buat operation tu! At least kalau awak buat operation awak masih ada harapan untuk hidup daripada mati sia sia tanpa buat apa apa! " Jungwoo terkejut kerana suara Sona menjadi agak tinggi

" mianhae.. " hanya itu yang dia mampu ucap. Sona memegang tangan Jungwoo. " Kim Jungwoo pandang saya " kata Sona sedikit tegas. Jungwoo akur

" awak sayangkan saya? " Jungwoo teragak agak untuk angguk mahupun menggeleng. Semestinya dia sayangkan Sona tapi bila keadaan dah macam ni-

deskmate dari nerakaWhere stories live. Discover now