T R O U B L E ;

48 19 26
                                    

Zephyr dan Isis masih merayau mencari-cari keberadaan Yoongi yang hilang selama berjam-jam. Dahi mereka berkerut kerana risau.

"Yah! Kau pergi mana, Yoongi!" Zephyr berteriak lantang di kawasan sunyi itu. Wajahnya menunduk.

Isis hanya menghela nafas berat. Matanya memandang sayu wajah Zephyr yang penuh dengan kebimbangan dan kegusaran. Kalau sahaja dia mengetahui keberadaan Yoongi sekarang. Sudah tentu mereka akan meneleport terus ke sana. Malangnya, tiada siapa yang mengetahuinya.

Seakan memori, Isis teringat balik akan rupa bentuk makhluk tadi. Warna matanya berwarna emas! Sudah tentu dia bukan Tarantula biasa!

"Raven"

Zephyr mendongakkan pandangannya memandang Isis. Keningnya dijungkit sedikit. Bingung dengan pernyataan itu secara tiba-tiba.

"Zephyr, tu bukanlah Tarantula biasa. Itu Tarantula jadian"

Mata Zephyr membulat. Dia tahu akan witch yang boleh bertukar rupa paras menjadi haiwan dan sebagainya. Tetapi entah mengapa, dia langsung tidak ingat tentang kebolehan seorang Raven Christopher.

"Kau.. Kau tau dari mana?" Soal Zephyr, masih ragu-ragu.

"Mata Tarantula tu bukan berwarna merah atau putih. Ia berwarna emas! Kuning keemasan!"

"Kau lupa ke?! Dia kan dah kata yang dia nak balas dendam!"

Zephyr terpempan.

.-.

Jimin mengorak langkah ke bilik Taehyung. Dia ingin memberitahu soal kelibat yang dilihatnya tempoh hari. Dia tidak mahu lagi menimbulkan kefahaman negatif kepada rakan-rakannya. Terutamanya, Taehyung.

Jimin mengambil nafas dalam apabila dirinya sudah berada di hadapan pintu bilik Taehyung.

Tombol pintu itu digenggam. Bersedia untuk membuka pintu bilik itu.

Namun, pergerakannya terhenti apabila mendengarkan kata-kata seperti luahan daripada Taehyung.

"Dia ingat aku nak ke kawan dengan dia?!"

"Dahla bodoh! gila pulak tuh!! "

"Orang tanya tu jawab je lah!!"

"Argh!! stress aku dapat member macam dia! Hantu betul!!"

Air mata mula bertakung di mata milik Jimin. Hatinya terguris mendengar luahan itu. Kecewa? Sudah tentu. Mereka telah lama berkawan baik. Bahkan, bersekolah juga sekali.

Tapi itulah, senang sekali dikalahkan oleh makhluk bernama Ego.

Terus saja dia berpaling meninggalkan kawasan itu. Mati terus niatnya hendak membetulkan kesalahan persefahaman.

Pintu yang terbuka sedikit, dibiarkan.

Sementara itu..

Taehyung baru saja keluar dari tandas. Dia memandang pelik pintu yang terbuka sedikit bersama tuala di kepala.

"Aish.. fikiran aku je kot"

Segera dia bergerak ke pintu, lalu menutupnya.

.-.

'kenapa tiba-tiba je Zephyr takleh dengar kata hati aku ni?!'

'Masa-masa nilah dia nak buat pekak' gerutu hati Yoongi. Dia mengeluh perlahan.

Dipandangnya Raven yang tak lepas memandang langit.

"Kau pandang apa?" Soal Yoongi. Tidak mahu situasi menjadi sunyi.

"Langit" Balas Raven tanpa memandang Yoongi.

Yoongi mencebikkan mulut. Dia sudah bosan kerana tidak dapat melangkah ke mana-mana.

"Kau ni... Aku bosan lah. Lepaskan jelah aku ni. Marah lelama tak bawa faedah pun" Kata Yoongi perlahan.

Raven hanya kekal diam.

Yoongi mendengus.

'Bisu agaknya'

"Boleh tak berhenti minta untuk dilepaskan? rimas tau tak? yalah yalah,  lepas aku bakar kau nanti baru aku lepaskan kau"

"Aku pun dah lama tak makan daging bakar ni, em" sambung Raven. Dia mengukirkan senyuman lebar apabila memikirkan santapan yang bakal dinikmatinya nanti.

"Yah. Aku tak sedaplah" Kata Yoongi. Dipandangnya Raven, tanpa reaksi.

Raven mengalihkan wajahnya memandang Yoongi.

"Kau apa tau? Aku taulah aku dah biasa makan daging manusia"
Raven tersenyum bangga.

"Daging manusia tak sama. Aku lain dari yang lain. Aku special. Aku tak sedap"

Kening Raven terangkat sedikit. Pelik dengan penjelasan Yoongi.
"Kau tengah hina diri kau ke?"

"Bukan selalu orang puji diri ke?" Soal Raven yang masih pelik dengan respons dari Yoongi.

Belum sempat Yoongi memulakan ayat, muncul satu teriakan berdekatan mereka.

"Raven Christopher!!!"

Yoongi perlahan-lahan mengukirkan senyuman. Senyuman kemenangan. Terasa menang kerana berjaya dijumpai oleh dua orang heronya, Zephyr dan Isis.

Kenapa kau suka menyusahkan orang lain hah?!

Yoongi terkedu mendengar ayat pertama yang diterimanya. Perlahan-lahan senyumannya mengendur.

'Aku... menyusahkan ke?'

Matanya melirik ke arah kedua-dua witch itu. Isis memandangnya risau. Manakala, Zephyr memandangnya dingin.

Hatinya dihambat perasaan bersalah.

'Jadi kenapa kau pilih untuk tolong aku?'

.tbc

pyaball
adelinenick
taesticx-
hunnieyooo
Aina_nad
yuminniemint

maaf idea tak keluar. hikss-- tenks readers oneíro!! syg kamu semuaaaa~ (ノ^∇^)

Oneíro PeregrineWhere stories live. Discover now