Part One

205 10 7
                                    

     "Lenguhnya badan"

     Kata Han sambil memusingkan tangan nya akibat letih. Mereka baru sahaja selesai serlahkan bakat atau dalam erti kata lain membuat persembahan di Malaysia. Wayar-wayar di badan mereka di tanggalkan. Peluh juga di lap. Mewah sekali layanan. Sudah pasti bagi sekumpulan penyanyi yang diminati ramai.

     "Chan hyung, kita terus balik korea ke?" Soal Jeong In.

     "Haah betul tu,takkan dah nak balik? Marilah kita bercuti dulu" Kali ini Changbin bersuara pula. Para ahli yang lain mengangguk-angguk tanda setuju. Nampaknya mereka semua ingin berehat disitu dahulu. Chan berfikir sebentar. Setahunya Manager tidak berkata apa-apa tentang itu.

     "Molla, Manager tak bagitahu hyung pun" Lalu mereka semua menghela nafas dengan wajah yang masam. Tiba-tiba Seungmin mengangkat tangan dengan wajah yang penuh idea. Mereka semua mengalihkan perhatian kepadanya.

     "Apa kata kita pinta Manager bawa kita bercuti?"

     "Siapa yang akan membuat permintaan tsrsebut di hadapan manager?" Soalan yang keluar dari mulut Minho itu membuatkan semua ahli mula berlawan pandangan. Namun mereka serentak memandang seseorang. Dengan sekaligus mengangkat jari telunjuk kecil masing-masing..

     "Chan Hyung!!"

-skip-

     Perlahan-lahan aku merapati Manager. Ini semua gara-gara idea dari Seungmin. Next time aku cekik budak-budak tu semua.

     "Ehem" aku berdehem di sebelah Manager yang selesa berehat di atas sofa ampuk sambil menikmati se cup coffee.

     "Em ada apa chan?"
     "Ermm nak minta tolong sikit boleh?"
     "Tolong apa?"

     Kali ini Manager memandang tepat ke arah ku. Dapat dilihat dengan jelas peluh menitis dari bulu-bulu kening. Lalu aku menelan air liur.
 
     "Errr kita orang nak bercuti sekejap dekat Malaysia boleh? Katanya diorang nak berehat. Lagipun... Ini jekan last stage untuk bulan ni? Jadi banyak free time" Terang ku. Aku mengelap sedikit peluh di dahi.

     "Tak boleh! Saya ada hal kat sana. Jadi saya akan bawa awak semua pulang secepat yang mungkin" Tegas bantahan dari Manager.

     "Tapi hyung... Diorang beria sangat tu nak tengok-tengok Malaysia ni" Aku cuba merayu lagi. Coffee yang dihirupnya diletakkan atas meja. Dia berfikir sejenak lalu bangun. Bahuku di sentuhnya.

     "Saya tahu budak-budak tu yang nak kan? Chan hanya wakilkan, betul tak? Jangan risau saya akan benarkan mereka tengok Malaysia ni. Tapi hanya sementara menunggu waktu flight kita tiba. Jadi sampai tengahari ni saja ya? Lepas tu kena balik" Lantas Manager berlalu pergi meninggalkan ku.

-skip-

      Sebaik sahaja kedengaran pintu di sorong buka oleh BangChan. Mereka semua berkumpul disekelilingnya. Semua menanti berita gembira dengan penuh harapan.

     "Macam mana hyung? Boleh kan?!" Soal Felix dengan bersemangat.

     "Sebenarnya...." Semua menanti kata-kata yang bakal keluar dari mulut BangChan sehingga mereka berpelukan. Minho dan Han berpegangan tangan. Takut benar menanti kata-kata dari BangChan.

     "Se.. sebenar...nya... Manager bagi kita bercuti ta..." Belum sempat katanya dihabiskan mereka semua bersorak. Terlompat ke sana ke sini. Berpelukan bersama. Menghayun-hayunkan tangan BangChan sekali.

     "TAPI SAMPAI TENGAH HARI JE!" Bergema  suara BangChan di dalam bilik itu. Mereka semua terdiam. Serta merta wajah gembira itu hilang.

     "Are you serious Hyung?" Soal JeongIn yang paling gembira di antara mereka tadi. BangChan pula hanya mengangguk. Serentak mereka semua terduduk. Mulalah seorang demi seorang mengeluh. Ada yang tertidur terus. Begitu pasrah sekali.

-Inside Car-

     BukPintu kereta ditutup. Manager mereka bersedia menghidupkan enjin kereta. Namun dilihatnya cermin belakang,muka setiap ahli straykids masam sahaja. Felix sehingga menutup mukannya dengan topi. Seungmin pula memejamkan mata di atas bahu BangChan. Manager agak rasa bersalah namun dia ada sesuatu untuk dilakukan dan perlu cepat pulang.

     Vrooommm 

     Kereta hitam itu pergi meninggalkan studio.  "Mari berseronok!" Manager mereka cuba bersuara namun mereka hanya menjawab dengan lemah "Dae......."

-skip-

      Shiungggg!

     Kereta itu berpusing ke jalan. Lalu di berhentikan di sebuah station minyak. Kata Manager dia ingin membuang air besar memandang perutnya asyik berbunyi sepanjang perjalanan.

     "Hyung" Han memanggil BangChan apabila sedar Manager pergi tinggalkan mereka.
     "Apa?"
     "Apa kita patut buat"
     "Arhh pasrah jelah" Balas Felix yang sudah tiada mood untuk happy. Dia kembali memeluk Minho dan menyambung lenanya.

     "Arhhh manager ni eiii!" Geram JeonhIn
     "Korang nak duduk saja ke?" Soal Han lagi. Dia seperti tidak berpuas hati lagi mengalah seperti ini pada Manager.

     "Habis kau tahu ke nak buat apa? Soal BangChan kepadanya semula. Han terdiam. Akalnya mati sejenak. Namun sekali lagi Seungmin tiba-tiba mengangkat tangannya. Nampaknya dia sahaja yang ada idea.

      "Arhhh aku tanak merayu lagi" BangChan pantas menolak idea yang belum di keluarkan.

     "Yahhh anni..." Marah Seungmin
     Puk!
     "Yahh sakit" BangChan mengosok kepalanya yang diketuk Changbin.
    "Boleh tak hyung dengar dulu?"
    "Betul tu sabar lah"
    "Shuhhhhh biar Seungmin bercakap"

     Sekaligus semua memandang Seungmin. Kali ini mereka berharap idea Seungmin berkesan. Bersinar-sinar mata mereka. Lalu Seungmin tersenyum.

     "Siapa tahu memandu?"

TBC

 

Sᴛʀᴀʏ Kɪᴅꜱ Bᴀʟɪᴋ Rᴀʏᴀ? |Short Story| 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang