Perempuan (6)

236 15 2
                                    

aku perlu kenal orang baharu.
yang tak pernah dikenali
baik mata jua mulut.
mata tidak pernah melihat,
mulut tidak pernah menyebut.

aku perlu kenal orang baharu.
yang tak pernah kenal
kisah silam bagi setiap parut.
biar cerita lama kekal sebagai parut,
mengikut peredaran masa
hingga terhapus larut.

aku perlu kenal orang baharu.
yang tak akan kenalkan
luka baru atas luka yang telah berbalut.
mulutnya tidak mengungkit perkara lapuk
jua meluah salah sebesar habuk.

bersabar,
walau sudah tewas.
sejak tiga tahun lepas,
tewas ku kepada engkau
si dara yang tak punya kuasa
kecuali cinta.

bersabar
aku hanya tewas.
masih belum mati
masih menghembus nafas.
masih diberi peluang terus berjuang
perbaiki diri sebelum putih tulang.

jika mahu menyentuh hati,
pastikan suci niat dan perasaan.
jangan dibiar aku hidup dalam mati,
hanya kerana kau anggap cinta itu gurauan.

Karmawira - 08:15, 26/5/2020

KarmawiraWhere stories live. Discover now