OSR - 5

43 6 1
                                    

"Baiklah semua, saya disini berucap sebab nak memberitahu kamu semua bahawa kita akan mengadakan pertandingan nyanyian dan terbuka kepada semua. Pertandingan ini telah dicadangankan oleh sekumpulan pelajar. Jadi pertandingan akan dijalankan pada 2 minggu lagi, saya rasa sempat untuk kamu semua mempersiapkan diri kamu masing-masing. Sekian."

Selesai mendengar ucapan dari guru yang berkata melalui speaker itu, kedengaran sorakan gembira dari para pelajar.

'Gembira nampak.' ucap Eunha dalam hatinya melihat kegembiraan pelajar di dalam kelasnya itu.

"Kenapa mereka gembira sangat tu?" soal Eunha pada Yuju.

"Ada dua sebab. Pertama, sebab jarang ada program macam nii. Kedua, sebab kalau dah ada program macam nii, ada berhari-hari tiada kelas." sampuk seseorang dari sebelah Eunha. Menyebabkan Eunha dan Yuju memandang orang tersebut.

"Lama juga sampai berhari-hari." kata Eunha pelik.

"Memang pelik. Tapi siapa nak bantah? Bersyukur ada lah." kata orang tersebut.

"Ah, lupa. Kenalkan aku Mingyu. Kim Mingyu."

"Ya, hai." balas Eunha malas.

Jungkook yang melihat interaksi Eunha dan Mingyu dari tempat duduknya hanya mampu mendengus tak suka.

.

.

.

.

.

◌⑅●♡⋆♡ OUR ♡⋆♡●⑅◌
◌⑅●♡⋆♡ SECRET ♡⋆♡●⑅◌
◌⑅●♡⋆♡ RELATIONSHIP ♡⋆♡●⑅◌

.

.

.

.

.


"Jadi?" soal Sowon pada membernya.

"Jadi apa?" soal Yerin pula pelik sambil mulutnya penuh dengan roti.

"Unnie, jangan bercakap kalau mulut tu penuh dengan makanan." kata Umji mengingatkan.

"Takde lah. Cu---."

"Unnie." Yerin terus mengangkat tangan dengan membuat tanda 'ok' pada Umji. Yerin terus mengunyah dan menelan makanannya.

"Jadi apa unnie?" soal Yerin semula.

"Takkan korang tak faham apa yang unnie maksudkan?" kata Sowon memandang satu persatu membernya itu.

"Unnie ingat kitaorang ada kuasa membaca fikiran orang ke?"

"Kalau ada unnie tak perlu nak tanya, kitaorang terus jawab." sambung Eunha pada kata SinB itu. Kemudian Eunha dan SinB terus ber-high-five. Lalu ketawa kerana mengenakan Sowon.

"Kitaorang ikut lah unnie." wajah monyok Sowon tadi bertukar ceria.

"Kitaorang faham unnie, cuma saja nak kenakan uri unnie ni." kata SinB sambil tersenyum.

"Jadi lagu sudah pilih?" soal Yerin.

"Hari ni apa kata pergi rumah Umji, kita pilih lagu sama-sama." cadang Umji.

"Omma appa Umji tak kesah ke?" soal Yuju.

"Tak kut."

"Apa kata kita pergi rumah Eunha unnie?" semua memandang Eunha terus.

[hiatus] Our Secret RelationshipWhere stories live. Discover now