06

67 24 3
                                    

18 Jun 2010, 02:16 pagi.

Pita rakaman itu dimainkan. Suara lelaki yang berada didalam kerusi roda itu mula bersuara. Bercakap dihadapan kamera seakan dia sudah terbiasa.

"Sudah dekat 2 tahun, aku dan Haila sudah tidak berhubung." Dia mulakan ucapannya. Kepalanya tiba-tiba mengangguk perlahan.

"Ya, aku mengaku, aku menyesal. Aku menyesal kerana melepaskan Haila. Dia.. pun nampak cantik.. lebih cantik sejak mengandung sekarang.." wajahnya yang dari tadi menunduk, kini diangkat. Dia melihat terus ke kanta kamera, membuatkan orang yang sedang melihat pita rakaman itu juga terkejut.

Apa..

"Tapi, aku dan dia sudah bahagia. T-Tengoklah!" Ujarnya bersama senyuman lebar dibibir, membentuk sebuah boxy smile. Matanya sudah bergenang, dia menarik nafas panjang sebelum menyambung,

"Kehidupan aku, sudah lebih gembira daripada dahulu. Haila juga gembira, dia sendiri kata, dia gembira untuk aku! Aku dah dapat senyuman aku semula! Omma, appa, hyung! Taehyung dah gembira—"

TTUT!

Boxy Smile | TaetaeWhere stories live. Discover now