lbatr : uno

41 7 69
                                    

"Kang Miyeol! Simpan telefon kamu tu sekarang jugak sebelum saya rampas!" Tu dia suara nyaring milik saem Park sudah kedengaran.

Saem Park ni merupakan seorang guru disiplin dan guru mata pelajaran Sains di Utopia Highschool ni.

Apabila nama Miyeol dipanggil oleh guru tersebut, dengan serentak, 23 pasang mata terus memandang ke arahnya.

Siapalahkan yang tak kenal dengan si Miyeol, pelajar perempuan yang nakal dan jugak degil. Dia jugak merupakan salah seorang ahli kumpulan yang agak terkenal di sekolah itu, 'Dazzlishious'!

"Alah saem. Tengah syok stalk Nick Syaf ni. Janganlah kacau." Balas Miyeol dengan selamba.

Dia masih bermain dengan telefon pintarnya walaupun saem Park sudah mengarahkan dia untuk menyimpannya.

"Miyeol! Simpan sekarang jugak!" Saem Park mengarah Miyeol lagi sekali tetapi Miyeol masih tidak mendengar seperti ada sesuatu yang dia sumbatkan pada kedua dua telinganya.

"Halahh saem ni. Kacau mood ah nak stalk manusia." Miyeol terpaksa akur dengan arahan saem Park itu lalu dia akur menyimpan telefon pintarnya di bawah mejanya.

"Miyeol, jawab soalan ni." Baru sahaja Miyeol menyimpan telefon pintarnya, tiba tiba saem Park memanggilnya untuk menjawab soalan.

"Haa? Saya?"

"Yer! Sekarang!" Lagi sekali suara saem Park meninggi. Miyeol ni boleh buat saem Park terkena penyakit darah tinggi rasanya.

Dengan kerelaan, Miyeol terpaksa jugak menjawab soalan Sains yang terdapat di papan itu.

'Susahnya soalan ni.' Bisik Miyeol pada dirinya sendiri lalu menggaru garu kepalanya yang tidak gatal.

Beberapa minit kemudian...

"Dah siap!" Miyeol pergi semula ke tempat duduknya dengan muka yang sangat bangga. Tetiba satu kelas gelak dengan jawapan yang ditulis oleh Miyeol.

'Saem Park × Saem Kim.'

Tulah jawapan yang diberikan oleh Miyeol untuk soalan saem Park itu.

"Kang Miyeol! Berdiri di luar kelas sekarang jugak!" Lagi sekali saem Park meninggikan suaranya pada Miyeol sambil jarinya menunding ke luar kelas.

"Yelah yelah." Miyeol hanya akur dengan arahan saem Park itu. Tangannya pulak laju mengambil telefon pintarnya untuk bawak sekali ke luar kelas.

Bolehlah dia sambung stalk Nick Syaf. Eheks.

☆☆☆

☆☆

Memula scene nakal Miyeol dh kuar HAGAGAGA XD

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 02, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Let's Break All The Rules [Multifan Applyfic]Where stories live. Discover now