57 - Sinopsis VS Blurb

102 12 0
                                    

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Ada beza ke, sinopsis dan blurb?

Ya, ada. Sinopsis ringkasan cerita yang membolehkan kita tahu keseluruhan cerita atau bayangan cerita. Sinopsis juga ada yang mengandungi spoiler. Terutamanya sinopsis cerita untuk dinilai oleh pihak penerbitan. Mereka tidak punya masa untuk membaca keseluruhan manuskrip, Lalu meminta sinopsis penuh yang menghidangkan keseluruhan cerita termasuk konflik, klimaks, plot twist dan ending.

Blurb pula, apa yang dihidangkan di belakang buku sebagai daya tarikan untuk pembaca membeli buku tersebut.

Biasanya, blurb tidak sepanjang sinopsis.

Sinopsis, sama ada ditulis sepanjang satu muka surat atau ada yang mencecah maksimum tiga ke empat muka surat.

Sementara blurb pula ada yang dihadkan hanya dalam empat puluh patah perkataan sahaja.

Tetapi, semuanya atas pihak penerbitan. Ada yang tidak kisah pun untuk meletakkan sinopsis sebagai blurb.

Saya bagi contoh novel saya yang bakal terbit dan sedang dipromosikan.

Judul, 'Dia Bukan Mahsuri'.

SINOPSIS RINGKAS TANPA SPOILER

SINOPSIS RINGKAS TANPA SPOILER

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

BLURB

Baiklah

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Baiklah. Itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Santai (Completed)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora